in

ADI PUTRA AKUI RAPAT DENGAN FASHA SANDHA

ADI PUTRA AKUI RAPAT DENGAN FASHA SANDHA

Jika sebelum ini pernah berlakon bersama-sama di dalam filem ‘Anak Halal’ juga terlibat di dalam beberapa buah drama dan telemovie antaranya, ‘Kasih Rela Ku Pujuk,’ ‘Akukah Tanggang’ juga ‘Kehangatan Lantana,’ akhirnya Adi Putra mengakui dia memang rapat dengan Fasha Sandha. Bukan itu sahaja, dia juga mengakui pernah ke karaoke bersama Fasha.

Namun, hubungan rapat itu tidak harus disalahsangka. Kerana menurut Adi Putra sepanjang ‘perkenalan’nya bersama Fasha, dia turut ditemani isterinya. Kata Adi, “Saya mengakui, memang pernah ke karaoke bersama dia, tetapi pada waktu itu, isteri saya pun ada di situ. Jadi rasanya tidak ada sebarang masalah.”

Seperkara sudah terjawab, ada juga isu mengatakan isterinya sanggup turun ke lokasi kerana takut terjadi ‘perkara yang tidak diingini.’ Tegas Adi, “ Kalau isteri terpaksa turun ke lokasi, saya ini suamia jenis apa,” terangnya lagi “Tetapi memang benar, isteri saya pernah pergi ke lokasi. Namun, itupun pada sabtu dan ahad sewaktu dia tidak bekerja.”

“Kalau hendak berselindung, itu bukan diri saya. Jika isteri bertanya, saya akan menjawabnya. Tetapi sepanjang khabar angin melanda, isteri merupakan saksi saya,” bila ditanya apa komen isteri dengan segala tohmahan ini, balas Adi ringkas, “Isteri saya tergelak.”

Adi Putra ditemui ketika majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran sebuah portal hiburan di Mutiara Damansara baru-baru ini.

Dengan Syawal semakin menjelma, dia ditanya mengenai persiapan bagi Aidilfitri kali ini, kata Adi, “Untuk tahun ini, ada lima pasang baju, tetapi bukan semuanya baru, ada yang telah dibeli pada tahun lepas.”

Bagi dirinya berasal dari Kota Singa, Adi ditanya dimana dia menyambut lebaran pada tahun ini, jelasnya, “Tahun ini, saya bakl menyambut Hari Raya Aidilfitri di Singapura. Kemudian pada raya kedua, baru balik ke Malaysia. Itu merupakan rutin yang sama pada saban tahun.” Untuk tahun ini, Adi bakal berehat selama dua minggu bagi menyambut Syawal.

Sambutan lebaran di Malaysia mahupun Singapura pasti ada perbezaannya. Jadi Adi ditanya di mana lebih meriah. Katanya, “Kalau dibanding kemeriahannya, sudah pasti di Malaysia. Ini kerana di Singapura ada peraturan yang perlu dipatuhi. Selain itu, di Singapura suasana kampung itu tidak dirasai kerana ianya merupakan sebuah kawasan bandar.”

“Dalam pada itu, dari segi makanan pula, di Singapura lebih popular dengan ketupat juga lontong. Berbanding di Malaysia, lemang merupakan antara hidangan disukai ramai,” jelas Adi pula, “Kalau ditanya samada beraya di Malaysia atau Singapura menjadi pilihan, jawapannya kedua-dua mempunyai keseronokan berlainan. Di Singapura, ianya merupakan tempat kelahiran saya, tetapi Malaysia pula mempunyai apa yang tidak ada di Singapura.”

Adi Putra berasal dari utara Singapura bersebelahan dengan tambak Johor. Semenjak terlibat dalam bidang seni, hampir enam tahun dia menyambut Aidilfitri di kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Singapura. Selain itu, setelah mendirikan rumah tangga, dia juga sering melawat saudara mara sebelah isteri tersayangnya di Kelantan.

Bila dapat bertemu Adi baru-baru ini, satu persoalan telah ditanya. Adakah sebagai seorang warga Singapura mencari rezeki dalam bidang hiburan di Malaysia, menyebabkan ada pihak di tempat kelahirannya itu kurang senang atau cuba meng ‘anaktiri’ dirinya. Perkara ini pernah berlaku kepada beberapa personaliti dari seberang tambak bila mengorak langkah dalam bidang seni di Malaysia.

Menjawab soalan itu, dia berkata, “ini berdasarkan kepada pembawakan personaliti seseorang itu. Memang tidak dinafikan perkara seperti itu boleh berlaku. Tetapi setakat ini, orang Singapura menerima saya dengan tangan terbuka. Mereka menghargai apa yang dilakukan oleh saya di Malaysia.”

“Pihak produksi di sana masih ada menawarkan peluang dalam bidang lakonan di Singapura. Namun, disebabkan kesibukan memenuhi jadual lakonan di Malaysia, tawaran tersebut terpaksa ditolak dengan baik. Namun, terima kasih kerana masih memberi peluang kepada saya.”

Kredit to: Portal Gua

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Foto Aishah Sinclair, Betty Benafe, Belinda Chee di Pelancaran Road Home With Smiles

HANS ISAAC SUDAH BERPUNYA