Budiey nak ucapkan tahniah kepada Adel kerana berjaya diserap masuk semula ke Akademi Fantasia dan melayakkan beliau membuat persembahan di Konsert Akhir AF2014. Adel merupakan pelajar yang tersingkir pada minggu ketujuh #AF2014.
Nampaknya, Adel sebenarnya mengambil jalan singkat untuk berentap bersama empat pelajar akhir iaitu Ewal, Firman, Nuha dan Aman. Apatah lagi, apabila pesaing paling digeruni iaitu Azwan sudah pun tersingkir Azwan Satar telah disingkirkan. Kalau dulu kita dengar AF Masuk, sekarang AF Serap pertama kali diwujudkan musim ini. Konsepnya sama je.
Ramai yang tak percaya Azwan Sattar, peserta paling digemari dan sentiasa mendapat undian paling teratas dalam carta saban minggu boleh tersingkir. Ramai penonton melontarkan pendapat masing-masing di laman sosial. Ternyata ramai yang tak puas hati. Permainan apakah ini? Adakah ini satu konspirasi?
Keputusan tersebut diumumkan oleh pengetua #AF2014 Dato’ Hattan sebaik sahaja selepas berlakunya penyingkiran Azwan. Dato’ Hattan ketika ditemui berkata, pemilihan Adel adalah berdasarkan prestasinya yang sentiasa konsisten selain persembahannya yang sentiasa memukau.
“Bukan senang nak buat pilihan, tujuh orang yang tersingkir itu semuanya hebat belaka… Pemilihan Adel dibuat atas persetujuan tenaga pengajar dan pihak fakulti. Kami memilih setelah meneliti kesemua prestasi dan persembahan mereka dari minggu ke minggu.” katanya ketika ditemui Astro Gempak sebaik sahaja berakhirnya konsert separuh akhir #AF2014 di Auditorium MBSA.
Persaingan pastinya bertambah sengit dengan kembalinya Adel di #AF2014.
Firman, Ewal, Adel, Nuha dan Aman bakal menunjukkan taring mereka di pentas akhir #AF2014.
Tahniah buat semua finalis. Selamat maju jaya dari Budiey.com.