in

Addy Ashraf Leeza Zin Dalam Drama 8 Bahagian

Erti Korban Seorang Remaja dan Lelaki Bergelar Bapa Dalam Dua Telemovie Hebat Isi Slot Panggung Seri Khas Aidiladha di TV1

Kisah pengorbanan seorang remaja terhadap keluarga angkatnya dan kisah seorang lelaki yang berkorban demi keluarga tersayang melatari dua drama mengisi slot Panggung Seri disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena Aidiladha 1432H / 2011M tahun ini.

Bermula dengan tayangan drama 8 Bahagian (12 November 2011) dan kemudiannya diikuti Insaf (19 November 2011), jam 9.00 malam menerusi TV1 yang mana kedua-duanya sarat dengan pengajaran berguna untuk dikongsi sama seisi keluarga terutama golongan remaja agar membuka mata menghayati dan memahami erti pengrbanan yang sebenar dalam hidup.

8 Bahagian dijayakan watak utamanya oleh pelakon remaja Addy Ashraf di samping Helmi Hakim, Mustapha Kamal dan Leeza Zin ini berkongsi kisah kerana rasa bersalah atas kematian ibu bapa Farhan, dalam satu kemalangan jalan raya, Dato Mus telah mengambil Farhan sebagai anak angkatnya.

Ashraf, anak sulung Dato Mus lebih mudah mengikut kata-kata isterinya, Tina. Ashraf lebih mementingkan isteri dari keluarganya sendiri. Namun pada tahun itu, Ashraf berhasrat hendak membuat korban dengan menyediakan seekor lembu. 7 bahagian ahli keluarganya, tidak termasuk Farhan menjadi asas kepada pengorbanan itu.

Wan Hanafi Su dalam Insaf

Wan Hanafi Su dalam drama Insaf

Farhan teringat akan janji arwah ayahnya, mahu melakukan korban untuknya sebagai aqiqah yang tidak dapat dilaksanakan pada masa Farhan baru dilahirkan. Dato Mus bersedia mengambil 1 bahagian korban di masjid atas nama Farhan. Namun perhatian yang berlebihan Dato Mus terhadap Farhan menjadi isu ketengangan kepada Arif dan Afiqah anak kandung Dato Mus. Arif mempertikaikan hal itu dan merasakan ayahnya lebih pentingkan orang luar dari anak kandung sendiri.

Farhan cuba menyedarkan Afiqah yang sedang mabuk cinta dengan pemuda Indonesia dan Arif yang mahu merosakkan kesucian Nabila. Konflik ini berterusan hingga, Arif mendapat kecelakaan hingga menyebabkan dia buta disimbah asid. Pada hari raya korban, Farhan dilanggar curi sebuah kereta. Sebelum meninggal, dia berpesan untuk mendermakan matanya kepada Arif. Itulah bahagian ke 8 yang dikorban oleh Farhan.

Menyusul kemudiannya drama menarik bertajuk Insaf lakonan berkesan Wan Hanafi Su, Aida Khalida, Aznah Hamid, Kartina Aziz, Johan Ariff dan Wan Sharmila yang mengisahkan Pak Dollah, seorang perantau telah mengambil keputusan untuk menetap di Kampung Limau dan mengusahakan tanah yang dibeli dari salah seorang penduduk di situ. Dia kemudiannya berkahwin dengan Mak Jah, ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Milah.

Pak Dollah mahu menunaikan hasrat Mak Jah untuk menunaikan Haji di Tanah Suci.

Satu hari. Mak Jah telah terjumpa ujian kehamilan di dalam bilik Milah. Dalam ketakutan akibat ditanya bertubi – tubi oleh ibunya, Milah memberitahu bahawa Pak Dollah, iaitu bapa tirinya sendiri yang bertanggungjawab di atas kejadian hitam tersebut. Mak Jah yang naik angin telah menyerang Pak Dollah di kebun. Pak Dollah yang memang mengidap penyakit paru – paru berair terkejut dan rebah ke tanah. Pak Dollah dimasukkan ke dalam ICU akibat koma dan berada di dalam kritikal.

Namun persoalannya siapakah lelaki yang bertanggungjawab menghamilkan Milah? Mampukah Pak Dollah memenuhi hasrat isterinya untuk bersama-sama menunaikan Haji?

Saksikan dua drama siaran khas meraikan Aidiladha ini hanya menerusi TV1.

Addy Ashraf dalam 8 Bahagian

babak dalam 8 Bahagian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Panggilan 10 Zulhijjah

Faralyna Idris Kini Temui Cinta