Drama kekeluargaan 20 episod menarik ini yang diarahkan oleh Harris Fadzillah ini menemui penonton sejak 24 Mei lalu. Plot ceritanya disampaikan menerusi barisan watak utama Zara Zya sebagai Nurul Kaisara, dan Fadlan Hazim (Arjuna), selain turut dibantu oleh Aprena Manrose (Alana), Syazwan Zulkifly (Bakhtiar), Jasper Supayah (Miasara), Sazrin Aizul (Razi) dan Zulkifli Ismail (Dato’ Bakar).
Ikuti perjalanan kisah hidup watak utamanya bernama Nurul Kaisara merupakan seorang penulis novel yang alergi dengan lelaki romantik. Kaisara merahsiakan identiti dirinya sebagai penulis novel.
Sementara itu kerana diugut oleh Arjuna peguam baru ditempat kerjanya, Kaisara terpaksa mengajar Arjuna untuk jadi lelaki romantik macam hero-hero novelnya kerana kononnya Arjuna nak jadi romantik untuk kekasihnya yang sedang belajar di luar negara.
Sambil belajar menjadi romantik, Arjuna cuba pula untuk memikat Kaisara yang disukainya dalam diam. Kaisara cuba menidakkan rasa yang mula muncul dalam hatinya. Pelbagai kejadian berlaku antara keduanya yang tidak pernah terduga.
Jodoh rahsia Allah. Akhirnya Kaisara dan Arjuna ditakdirkan berkahwin namun ujian datang melanda dalam alam perkahwinan mereka. Tanpa kurniaan seorang anak, Kaisara merasakan dirinya kekurangan sehingga menyuruh suami berkahwin lain.
Adakah Arjuna sanggup menduakan isterinya? Kaisara pula ikhlaskah dirinya mahu dimadukan? Ikuti kesudahannya dalam drama bersiri ini.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.