in , ,

Adam Shamil Dedikasikan Single BANTU Buat Ibu & Nenek Tersayang

Dari seorang pempengaruh digital kini Adam Shamil Misra, 29, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, mula melangkah ke hadapan dengan mengeluarkan single terbarunya, “Bantu”.

Pempengaruh digital, Adam Shamil Misran, 29 atau nama pentasnya sebagai Adam Shamil kini bersedia untuk melakar lebih jauh dalam industri hiburan tanah air setelah secara rasminya menjadi artis terbaru World Peace Entertainment (WPE) Sdn Bhd yang juga dinaungi oleh Ismail Izzani dan Naim Daniel.

Adam adalah seorang penyanyi, pengacara, pencipta kandungan digital, aktivis dan usahawan. Pernah dilamar oleh United International Pictures untuk menemubual pelakon dan pengarah filem Hollywood Pacific Rim: Uprising di Beijing, China, Adam Shamil juga merupakan personaliti digital pertama dari Sabah yang dipaparkan oleh Netflix untuk iklan komersial di seluruh negara.

Dalam usaha memahatkan namanya dipersada seni tanahair, Adam bakal tampil dengan sebuah single terbaharu berjudul ‘Bantu’ hasil kolaborasi Shazriq Azeman, Darien, Omar K dan Adam sendiri.

Bait-bait lirik ‘Bantu’ menjurus tentang hal menghargai dan menyantuni tentang pengorbanan seseorang yang bersama kita dalam apa jua perihal kehidupan baik dalam susah mahupun senang.

“Single ‘Bantu’ adalah lagu yang dihasilkan oleh Darien, Shazriq Azeman, Adam Shamil dan Omar K serta saya sendiri tentang menghargai orang yang mengubah hidup anda.

Ia adalah karya indah yang didedikasikan untuk seseorang yang telah bersama anda, melalui perjuangan dan membantu membentuk anda menjadi orang yang anda ada hari ini, sehinggakan walaupun suatu hari orang itu meninggalkan dunia ini, anda boleh tenang dengan mengetahui bahawa mereka akan sentiasa bersama walau secara rohani, dan bahawa anda akan sentiasa memerlukan mereka dalam semangat anda untuk membantu membuka mata anda dan melihat dunia.

“Dan sementara pendengar boleh mendedikasikan lagu ini kepada sesiapa sahaja yang bermakna kepada mereka, saya mendedikasikan ini kepada ibu saya yang merupakan ibu tunggal dan nenek saya. Kedua-duanya adalah tiang dan kekuatan saya dan saya tidak akan berada di tempat saya hari ini tanpa bimbingan mereka.

“Melalui single ‘Bantu’ ini juga, mesej yang ingin disampaikan diharap dapat memberi manfaat seterusnya meninggalkan kesan yang positif kepada orang ramai. Di samping itu, saya juga ingin memberi motivasi kepada para pendengar bahawa dalam kita mengejar cita-cita, jangan pernah kita lupa akan mereka yang teguh bersama dengan kita sejak dari kita memulakan langkah yang pertama itu,” kata Adam.

Adam Shamil Dedikasikan Single BANTU Buat Ibu & Nenek Tersayang

Mengulas lebih lanjut tentang pengalaman ya sebagai pencipta kandungan, dia juga bersedia untuk menerima sebarang kritikan dari orang ramai.

“Saya sudah bersedia dengan sepak terajang dunia hiburan serta pernah diuji dengan pelbagai pahit getir dan turut pernah menerima komen-komen nakal terutamanya di laman media sosial.
“Sebagai seorang yang ‘hidup’ di laman media sosial, saya tahu segala gerak geri saya akan menjadi perhatian maka dengan itu saya sentiasa memastikan bahawa setiap hantaran yang saya paparkan kepada followers saya mempunyai nilai positif.

– Adam Shamil

Adam juga berharap agar single ‘Bantu’ dapat diterima baik oleh semua dan bersyukur kepada semua pengikut dan peminatnya yang tidak pernah jemu menjadi penyokong setia dari awal.

“Harapan saya agar single ini mendapat sambutan yang baik dari semua. Saya turut mengucapakan jutaan terima kasih kepada semua followers serta peminat yang tidak pernah jemu menjadi penyokong setia saya dari awal kemuculan saya sebagai pempengaruh digital sehinggalah bergelar penyanyi sekarang,” katanya lagi.

“Jika terdapat teguran atau sebarang unsur negatif, saya ambil maklum dan jadikan ianya sebagai penguat semangat untuk bekerja lebih keras untuk cemerlang dalam membina jenama sendiri,” ujarnya.

Adam Shamil Dedikasikan Single BANTU Buat Ibu & Nenek Tersayang

Menurut Darien, Penulis Lirik, World Peace Entertainment (WPE) Sdn. Bhd.,’Bantu’ merupakan sebuah lagu yang ditujukan kepada mereka yang sentiasa ada, dan membantu kita walau apa jua keadaan.

Lagu ini tercipta khas bagi berkongsi rasa terima kasih kepada mereka. Omar K, Shazriq dan Adam amat profesional dalam propses menulis dan penghasilan lagu ini.

Adam Shamil Dedikasikan Single BANTU Buat Ibu & Nenek Tersayang

Single ‘Bantu’ serta muzik video ini diterbitkan sepenuhnya oleh World Peace Entertainment Sdn. Bhd dan ia merupakan hasil garapan dan suntingan sepenuhnya oleh pasukan produksi milik Adam Shamil yang berpusat di Kota Kinabalu.

‘Bantu’ mula menemui peminat menerusi corong-corong stesen radio tempatan, laman YouTube serta laman sosial media –Instagram, TikTok bermula 12 Mei 2023. Lagu ini juga boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Spotify, Joox, Apple Music dan lain-lain. Layari saluran Youtube World Peace Entertainment untuk maklumat lanjut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CELINE DION

Celine Dion Batal Konsert Jelajah Dunia, Diagnosis Gangguan Neurologi

Konsert Slam Nurkasih Himpunkan Peminat di Zepp KL Pada 6 Ogos Depan