Beberapa bulan selepas mendirikan rumah tangga, hubungan antara penyanyi dan pelakon, Adam bersama isterinya, Fiza Halim atau juga dikenali sebagai Fiza Elite dikatakan mulai renggang.
Lantaran itu, timbul gosip mengatakan keadaan rumah tangga Adam atau nama sebenarnya, Mohd. Aizam Mat Saman, 31, dikatakan sedang bergolak.
“Saya sedar ramai orang sedang bercakap tentang perkara ini dan ada juga ura-ura yang mengatakan hubungan kami sedang dilanda masalah. Namun, saya dan Fiza baik-baik sahaja. Rasanya, saya tidak perlu memberikan komen mengenai perkara ini dengan lebih lanjut.”
Tegasnya lagi, walaupun dihambat dengan pelbagai cerita, dia dan Fiza tidak pernah bergaduh. Sebaliknya menganggap semua itu adalah ujian yang Allah.
Perkembangan lain, Adam kini membantu gurunya mengubati orang menerusi kaedah perubatan Islam.