Majlis itu menjawab pertanyaan peminat kedua-dua mereka dari Malaysia dan Indonesia yang kerap kali mengajukan soalan bilakah pasangan kekasih ini akan mengikat tali pertunangan.
“Peminat kami sudah lama menanti ada ikatan terjalin. Begitu juga peminat dari Indonesia yang bertalu talu bertanya ‘kapan’ (bila) mahu ada ikatan sah.
“Jadi ini sebagai mukadimah sebelum kami melangkah ke fasa seterusnya (perkahwinan),”
– Sweet Qismina
Sweet yang juga meraikan ulang tahun kelahiran ke-24 pada hari ini menjelaskan mereka bagaimanapun belum membuat keputusan mengenai tarikh perkahwinan.
“Perancangan atau keputusan mengenai bila kami akan berkahwin belum ada lagi. Kita selesaikan pertunangan ini dulu.
Lagipun, sektor kreatif sudah kembali aktif selepas kerajaan memberi kelonggaran bekerja dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Jadi, ini masanya juga kami bekerja semula,”
– Sweet Qismina
Dalam majlis yang dihadiri 20 tetamu daripada kaum keluarga kedua-dua belah pihak itu, Sweet memberikan tujuh dulang hantaran manakala pihak Adam pula membalas dengan lima dulang hantaran.
Terdahulu, hubungan Adam Lee dan Sweet Qismina mula berputik selepas kedua-duanya selesai menjalani penggambaran drama Adam Chempaka.