Pasangan selebriti, Adam AF2 dan Fiza Elite telah memilih tarikh 26 September 2013 iaitu hari Khamis ini untuk bernikah di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) cawangan Shah Alam, kira-kira jam 10 pagi. Semoga selamat dan berjalan lancar. Berita yang mengejutkan Budiey ini disiarkan dalam sebuah akhbar Berita Harian pada hari ini. Elok jugak, sesuai dengan perubahan dan hijrah mereka ke arah yang lebih baik.
Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 29, cukup dikenali selepas menyertai program Akademi Fantasia musim kedua pada 2004. Penyanyi berasal dari Kota Kinabalu ini mendapat tempat ketiga dalam program realiti terbabit.
Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, pula ialah bekas anggota kumpulan Elite dan aktif berlakon drama dan filem. Dia juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, 33, pada September 2006, namun bercerai pada November 2010.
Fiza Elite
Baru kenal Ramadan lalu
Artis wanita itu baru-baru ini mendedahkan sepatutnya mendirikan rumah tangga semula pada Jun lalu, bersama individu yang tidak mahu didedahkan identitinya, namun rancangan berkenaan tidak kesampaian.
Fiza dan Adam AF merancang untuk bernikah dalam masa yang sangat singkat di mana ibu kepada dua anak ini berkata, semuanya adalah ketentuan Tuhan.
“Inilah ketentuan Allah. Inilah jodoh saya. Mogo-moga kekal ke akhir hayat, Insyaallah.”
Bagi Adam pula, dah tiba masa dan seru bila pintu hatinya terbuka untuk menerima Fiza sebagai isteri walaupun baru sahaja mengenali wanita itu pada bulan puasa yang lalu.