in

Adam AF & Fiza Elite Bercerai Talak Satu

Pasangan artis Fiza Elite dan Adam AF bercerai talak satu di Mahkamah Syariah di sini hari ini.

Adam melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Fiza di hadapan hakim Tuan Muhamad Nazir Basrawi tepat pukul 1.05 petang tadi, 28 April 2014.

Pasangan itu bernikah pada 26 September 2013 dan bercerai pada ketika usia pernikahan mereka baru memasuki tujuh bulan. Sumber: Utusan Malaysia

Akhirnya kemerlut rumah tangga mereka, terjawab. Pasangan selebriti Adam (AF) dan Fiza (Elite) sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada tengah hari Isnin selepas tujuh bulan menjadi suami-isteri.

Memetik kenyataan di sebuah portal, Lafaz cerai dilakukan dihadapan hakim syarie, Tuan Muhamad Nazri Basrawi kira-kira pukul 1.05 petang mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, berkata, dia dan Fiza bercerai secara baik tanpa sebarang tuntutan.

Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, pula menyifatkan mereka sudah tiada jodoh selepas pelbagai usaha menyelamatkan rumah tangga dilakukan.

Terdahulu suasana di ruang mahkamah menjadi kecoh apabila Fiza memohon kepada mahkamah agar mengarahkan para wartawan tidak berada di dalam ruang mahkamah.

Fiza berkata, dia enggan kisah peribadinya bersama Adam didedahkan pihak media kepada umum. Permohonan itu kemudiannya dibenarkan oleh TuanMuhamad Nazri.

“Saya memohon agar kes kami dibicarakan tanpa wartawan atau pihak-pihak lain dalam ruang mahkamah ini. Ini adalah atas alasan saya seorang selebriti yang dikenali. Saya tidak mahu masyarakat tahu tentang hak peribadi kami,” katanya sebelum bermulanya prosiding.

Adam dan Fiza tiba di mahkamah sekitar pukul 12 tengah hari dan prosiding kes penceraian mereka bermula kira-kira 45 minit kemudian.

Pasangan itu telah bernikah pada 26 September tahun lalu hanya selepas dua bulan berkenalan.

Sebelum itu Fiza pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010.

Hasil perkahwinan Fiza dan Ahmed Farriq itu mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 6, dan Feeya Adyrra, 5.

Ia merupakan perkahwinan pertama buat Adam.

Fiza Elite & Adam AF2 Nikah Dengan Sekali Lafaz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Are You a True Brazil Fan Bersama Fahrin Ahmad

KRU & TGV Pictures Atur Strategi Pemasaran