Kini sebuah iklan dari Indonesia mungkin menunjukkan bahawa Shopee akan meluaskan perkhidmatannya dengan menawarkan penghantaran makanan bernama ShopeeFood.
Setakat ini masih tiada sebarang maklumat rasmi tentang perkhidmatan tersebut, namun sebuah iklan yang tertiris di Indonesia telah menimbulkan tanda tanya jika ia adalah sesuatu yang akan dilancar kelak.
Iklan tersebut memaparkan animasi dan grafik makanan Indonesia yang konsisten dengan penjenamaan Shopee jadi ia mungkin adalah benar.
Jika Shopee akan melancarkan perkhidmatan ini di Indonesia, ia akan bersaing dengan GoFood oleh Gojek dan pelbagai aplikasi lain yang ternama di negara itu. Setakat ini masih tiada khabar tentang pengenalannya di Malaysia.