in

Adab-Adab Sambut Hari Raya

ADAB-ADAB BERHARI RAYA

Orang-orang Soleh dilanda kebimbangan setiap kali menjelang Syawal. Mereka cemas, kalau-kalau ibadah di sepanjang Ramadhan tidak diterima. Perginya Ramadhan ditangisi kerana bimbang apakah akan berjumpa lagi bulan yang dipenuhi dengan rahmat dan maghfirah itu, apakah dapat membentuk peribadi yang baik selepas itu.

* Oleh kerana itulah mereka amat menjaga adab-adab dalam menyambut hari raya.Kita patut menjadikan mereka contoh dalam usaha mendekatkan diri kepada Tuhan. Bagaimanakah adab-adab yang perlu di jaga untuk menyambut Hari Raya?

Antara adab-adab berhari raya :
* Persiapan hari raya
Membuat persiapan hari raya mengikut keperluan, berdasarkan kemampuan.Rumah dipastikan kemas dan selesa untuk tetamu. Menyediakan juadah tidak sampai bersusah payah hingga cuai sembahyang, tidak dapat bertakbir dan bertafakkur mengkoreksi diri. Sebaiknya terus bertakbir beramai-ramai walaupun sedang ibuk di dapur.

* Menghidupkan malam
Hidupkan malam hari raya dengan ibadah, memperbanyakkan taubat, syukur, doa dan selawat. Bertakbir, tasbih dan tahmid, merasakan kebesaran ALLAH, melahirkan rasa syukur dan terhutang budi. Untukkan masa mengkoreksi diri, sejauh mana Ramadhan telah dimanfaatkan dengan ibadah. Sejauh mana jiwa terdidik dengan ibadah di sepanjang Ramadhan.

* Persiapan pagi raya
Bangun awal pagi dengan mandi sunat hari raya. Anak-anak diajak bersembahyang Subuh bersama ayah di surau atau di masjid dan bertakbir.

* Memohon maaf
Selepas Solat Subuh, bersalam dan meminta ampun dari ibu bapa, di antara suami isteri dan seisi keluarga.

* Sunat bersarapan pagi
Di sunatkan bersarapan pagi di pagi hari raya sebelum melangkah ke masjid. Sekadar menjamah pun tidak mengapa, yang penting berniat untuk mendapat pahala sunat.

* Sembahyang hari raya
Bersiap daengan pakaian kemas, bersih dan terbaik, serta berwangi-wangian untuk hadir sembahyang hari raya.

* Selepas solat hari raya dan mendengar khutbah.
Bermaaf-maafan, bertanya khabar dan makan bersama-sama bagi mengeratkan persaudaraan.

*Ziarah-menziarahi, mengeratkan silaturrahim.
Yang menziarahi dapat pahala menghiburkan tuan rumah. Yang diziarahi dapat pahala melayan tetamu. Yang menziarahi lebih mulia kerana bersusah payah menjalinkan silaturrahim. Kalau ada kesempatan ziarahi kubur mendoakan keselamatan ahli keluarga yang telah pergi lebih dahulu dari kita.

* Banyakkan bersedekah kepada yang memerlukan dan kepada kanak-kanak, agar sama-sama rasa gembira di hari raya.

* Di samping bergembira, hati sentiasa mengingati ALLAH, mensyukuri nikmatNYA dan jangan melalaikan kewajipan.

* Terus berpuasa enam hari dalam bulan Syawal jika mampu. Ibadah dan amalan kebaikan yang dilakukan bersungguh-sungguh akan melahirkan akhlak mulia, melahirkan rasa kehambaan dan mendorong untuk menjadi hamba dan khalifah ALLAH yang baik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ucapan Salam Aidilfitri 2012 dari Selebriti Part 1

Will & Kate The Malaysian Tour