Budiey kira ini bukan kali pertama Datuk Siti Nurhaliza dilanda gosip yang mengatakan dia mengandung. Semalam, timbul semula gosip beliau mengandung apabila dia memuatnaik sekeping gambar susu kambing dan kurma di Instagram.
Puluhan followersnya mulai mengucapkan tahniah kepada artis tersebut di ruangan komen dan inginkan perkara sebenar.
Namun dipetik Siti Nurhaliza berkata:
Belum masa untuk saya bercerita mengenai perkara itu (spekulasi hamil) kerana saat ini saya fokus kepada konsert ini. Alhamdulillah ia berakhir dengan jayanya.
Tetapi jika itu doa yang baik daripada semua, Siti harap supaya semua mendoakan ia menjadi kenyataan.
Ikutkan sebelum ini Siti ada berkongsi mengenai gambar susu kambing dan kurma di laman sosial. Malah saya sempat berkongsi makanan itu kepada Hetty Koes Endang.
Sejujurnya Siti terkejut juga dengan laporan berita itu dan ada memaklumkan kepada suami. Pastinya saya akan berkongsi berita baik. Saya tak akan berselindung apa sahaja berita baik. InsyaAllah
Spekulasi ini mengingatkan Budiey ketika mana Budiey hadir di Konsert Satu Suara Vol. 2 di mana Hetty Koes Endang memegang dan mengosok perut Dato’ Siti dan berdoa agar Dato’ Siti mendapat zuriat. Siti berseloroh yang dia mahu anak 15 orang semasa Hetty bertanyakan dia mahu anak berapa orang. Tapi, mungkin itu hanya seloroh dan gurauan semata.
Andai betullah, mungkin ada di saat ketika mana Dato’ Siti mahu menari, Hetty Koes seakan melarang beliau untuk banyak bergerak. Ooo, mungkin juga situasi ini boleh mengundang spekulasi yang Dato’ Siti Nurhaliza sedang hamil?
Insyaallah jika ada rezeki… sama-sama kita doakan Dato’ Siti dapat anak.