Hari ini merupakan hari terakhir Shuib menyertai Sepahtu Sinar di radio Sinar FM. Kita ucapkan selamat maju jaya buat Shuib yang khabarnya mahu fokus kepada bisnes dan juga aktiviti seninya yang lain.
Menurut Pengurus Kandungan Sinar FM,
“Pengemudi Sepahtu Sinar, Jep, Shuib dan Rahim merupakan tunjang utama bagi menguatkan inti pati rancangan pagi Sinar FM. Hari ini, 29 November 2017, merupakan hari terakhir buat Shuib bersama Sinar FM. Setelah 2 tahun berkhidmat sebagai penyampai radio, Shuib mengambil keputusan untuk fokus kepada bidang perniagaan dan aktiviti seni. Pihak Sinar FM mengucapkan selamat maju jaya kepada Shuib. Segala sumbangan dan pembabitan beliau selama ini amatlah kami hargai.”
Jadi, siapakah pengganti Shuib?