Sebelum ini kita dimaklumkan tentang penarikan diri pelakon popular Zul Ariffin untuk menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-34. Nampaknya apa yang dilakukan Zul ini turut diikuti pelakon Remy Ishak atas sebab-sebab tertentu.
Remy Ishak atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak mengumumkan perkara itu melalui Instagram Story miliknya.
Remy, 39 tahun yang baru sahaja mendirikan rumah tangga turut telah memaklumkan penarikan dirinya itu kepada pihak Berita Harian. Dia tidak mahu dicalonkan dalam apa jua kategori yang dipertandingkan dan ingin memberi peluang kepada anak seni yang lebih layak.
Remy yang sebelum ini telah memenangi kategori Pelakon TV Lelaki Popular sejak ABPBH ke-23 hingga tahun lalu turut mengucapkan terima kasih kepada penganjur dan peminat yang sentiasa menyokongnya.