Selebriti popular, Rozita Che Wan mengakui bersolek sebelum bersalin. Topik ini menjadi perbualan hangat di media sosial. Adakah ia sesuatu yang pelik? Bagi Budiey, tidaklah pelik tapi jarang dibuat orang. Bersolek sebab nak nampak cantek ketika melahirkan anak itu tak salah, kan?
“Ya, saya mengaku memang saya bersolek dan bersiap. Tetapi bukan kerana nak masuk TV…Semasa melahirkan Ammar dan Aniq pun saya buat perkara sama. Kalau orang yang mengenali saya, mereka tahu saya memang akan bersiap walau ke mana pun saya pergi,†katanya ketika mengulas mengenai penampilannya selepas melahirkan bayi perempuannya pada Sabtu lalu.
Penampilan Rozita atau Che Ta menjadi bualan ramai selepas suaminya, Zain Saidin memuat naik foto menerusi akaun Instagram.
Apa tidaknya, menerusi gambar yang dimuat naik dan ketika tayangan di sebuah program TV, Che Ta kelihatan cantik dengan solekan serta rambutnya didandan rapi.
Berkongsi tentang perasaannya, Che Ta melahirkan rasa seronok dan syukur kerana semuanya telah selamat.
“Saya memang nak bersalin normal. Malah doktor sendiri pun sarankan perkara sama sebab dua anak saya sebelum ini pun dilahirkan secara normal. Jadi tidak ada masalah untuk lakukan itu.
“Lahir sahaja anak dan ketika melihat wajahnya, saya rasa bersyukur dan gembira. Impian untuk memiliki anak perempuan dimakbulkan,” katanya yang akan menjalani proses berpantang selama 100 hari menerusi kaedah tradisional.
Anda pula bagaimana? Pernahkah anda bersolek sebelum melangkah ke bilik bersalin?