Petikan artikel dari Portal GUA ini menceritakan tentang sebenarnya ada sebab mengapa pasangan Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari melakonkan adegan kissing dalam filem terbaru mereka SAUS KACANG.
Gambar Terbaru Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari di Prebiu Filem Saus Kacang
Jika bidang lakonan yang menjadi pilihan, sudah boleh dijangka akan ada perlunya untuk melakonkan adegan mesra. Jika masing-masing solo, persoalannya mungkin tidak timbul. Tetapi bagaimana jika salah seorang atau kedua-dua pelakon sudah berpunya?
Bagi pasangan Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari, yang baru empat bulan melayari alam rumahtangga, ini antara persoalan yang sudah dibincangkan mereka setelah berkahwin. Dedah Bunga, selepas bergelar isteri, apa jua tawaran yang diterima akan dibincangkan terlebih dahulu dengan suami.
“Kita berdua faham tanggungjawab kami sebagai artis dan kami saling mengerti jika ada ‘scene’ yang sebegitu, sejauh manakah ia harus pergi. Tapi seperti adegan ciuman saya dan Bunga dalam ‘Saus Kacang’, ia bukan diadakan-adakan tanpa sebab. Dalam filem ini, ia merupakan ‘turning point’ dalam perhubungan di antara Dewi dan Fredo. Jadi perlu dilihat sejauh mana pentingnya babak seperti itu, apa mesej yang ingin disampaikan dan bolehkah ia diekspresikan dalam cara lain,†jelas Ashraf, yang mengakui besar cabarannya melakonkan adegan ciuman dalam ‘Saus Kacang’ kerana belum pernah dilakonkan sebelum ini, walaupun orang yang dicium itu kekasihnya.
Pendapat yang serupa juga disuarakan Bunga. “Perlu dilihat dulu kepentingan adegan itu dalam jalan cerita. Kebiasaannya saya akan berbincang dengan pengarah dan penulis. Dalam ‘Saus Kacang’, ciuman itu bukan seksual sebaliknya lebih kepada cinta. Kita tidak patut hanya melihatnya sebagai satu adegan ciuman tetapi melihat ia secara keseluruhan dari awal sehingga penghujung cerita.â€
‘Saus Kacang’ yang bakal berada di pawagam seluruh Malaysia pada 19 Mac ini, mempertaruhkan Ashraf dan Bunga sebagai tarikan box office. Di Indonesia, dalam jangka masa tayangan selama lapan hari, pembelian tiket dikatakan telah menjangkau 285,000 penonton.
Arahan Indrayanto Kurniawan, ‘Saus Kacang’ merupakan sebuah kisah cinta yang amat simple jalan ceritanya dan sudah biasa dipertontonkan sebelum ini. Bunga memainkan watak Dewi, seorang chef yang selepas sekali dipatahkan hatinya, sukar lagi untuk mempercayai cinta seorang lelaki, lebih-lebih lagi pelancong lelaki yang datang berhibur di pulau Bali. Sehinggalah kedatangan Fredo, seorang pelancong warga Malaysia yang panas baran akibat dikecewakan tunangnya pada hari pernikahan mereka.
Ashraf dan Bunga bersama pengarah telah ditemui petang tadi selepas pra-tonton filem tersebut di TGV KLCC.Â
Terima Watak Untuk Bersama Bunga
Menurut pengarah, watak Dewi telah ditulis khas buat Bunga. Tetapi watak heronya, yang dirancang akan dimainkan seorang lelaki bukan warga Indonesia, masih dicari. Calon-calon dari Korea, Singapura dan Malaysia telah di pertimbangkan. Hinggalah satu hari, dilihat berita yang Bunga sudah berpacaran dengan seorang lelaki campuran warga Malaysia.“Pertama kali saya bertemu dengannya semasa sesi diskusi saya bersama Bunga tentang filem ini. Tengoknya ganteng dan macam okay. Tapi bimbang juga jika Ashraf yang lebih cool dan pendiam orangnya tidak mampu membawa watak Fredo yang over expressive. Tapi terbukti Ashraf seorang pelakon yang bagus, yang bisa keluar dari peribadinya untuk melakonkan karektor Fredo. Bersama Bunga, mereka berduanya sangat profesional dan tidak ada pacaran ketika di set,†cerita Mas Indra sambil ketawa.
Bila ditanya mengapa diterimanya tawaran Mas Indra itu, Ashraf yang baru selesai mempromosikan filem keduanya di Indonesia, ‘The Real Pocong’, dan bakal memulakan penggambaran untuk sebuah sinetron, tanpa berselindung memberitahu faktor utamanya adalah untuk bersama Bunga.
“Ashraf rasakan ‘Wahhh…so lucky’ kerana ini peluang baik, dapat shooting bersama Bunga dan melihat sendiri bagaimana kerja-kerja penggambaran di sana. Sebelum ini, Ashraf perlu berulang alik di antara KL dan Indonesia untuk berjumpanya. Of course, skripnya betul-betul interesting,†katanya yang tiada masalah bekerjasama dengan Bunga.
Antara kenangan menarik semasa penggambaran, menurut Bunga, adalah apabila perlu ditamparnya Ashraf sebanyak lima kali sehingga merah pipinya.
“Itu adalah babak kesukaan Mas Indra. Selepas kali pertama, Mas Indra katakan, ‘Jangan kesiankan dia.’ Saya perlu tampar benar. So sebelum tampar tu, I told him, ‘Sorry, sayang.’ Dan sebenarnya kebanyakan babak bergaduh kami agak mencabar untuk dilakonkan. Saya berterima kasih pada Mas Indra kerana sentiasa mengingatkan kami adalah Dewi dan Fredo, bukannya Bunga dan Ashraf,†kata Bunga yang juga baru habis sesi jelajah Indonesia bagi mempromosikan album keduanya, ‘Tentang Kamu’. Bulan depan dia akan berangkat ke Sydney, Australia untuk membuat persembahan bersama artis-artis Indonesia lain seperti Maia.
Tentang perancangan untuk menimang cahaya mata, pasangan yang sibuk ini terus terang memberitahu mereka belum mempunyai satu perancangan yang tetap. Namun jika diberi rezeki, mereka terima saja. [sumber]