Menerusi laman Instagram miliknya, ketika mendengar penerangan tentang sinopsis filem berkenaan, dia sudah membayangkan poster yang akan dihasilkan kelihatan seperti kulit majalah komik berkenaan.
“Sebenarnya selepas poster ini dilancarkan beberapa hari lepas, ramai mula memperkatakan poster ini seperti Majalah Gila-Gila, Ujang dan Gelihati.
“Selepas meneliti gambar-gambar yang telah diambil oleh jurugambar di lokasi oleh Thehitman Nazri, ianya semakin pasti yang aku memang akan buat poster ini look and feel dia macam gila-gila sebab dulu masa kecik memang aku nak jadi kartunis pun dan memang aku membesar dengan Gila-Gila,”
Menurutnya, dia juga menjadikan kartunis terkenal iaitu Jaafar Taib sebagai inspirasi buat dirinya dan kartunis berkenaan ternyata banyak mempengaruhi karya yang dihasilkannya selama ini.
“Kalau ikutkan eksperimental beberapa poster filem sebelum ini, aku dah buat untuk kelihatan seperti kulit buku sama ada novel atau pun majalah lama, contohnya filem Lebuhraya Ke Neraka, Rock Bro dan juga terbaru adalah Hantu Kak Limah semuanya dari sutradara Mamat Khalid.
“Ketiga-tiga poster ini memang feel dan soul dia memang sangat dekat dengan vintage drawing, magazine and novel, cuma untuk karya poster kali ini aku betul-betul dapat soulnye untuk seperti dan seakan akan kulit Majalah Gila-Gila pada zaman 80-an,”
Pada masa sama, dia juga mendedahkan bahawa gambar Mawi di dalam poster berkenaan sebenarnya diambil sendiri oleh isteri Mawi iaitu Ekin dengan menggunakan telefon bimbit.
Filem pertama arahan juara Akademi Fantasia 3 itu akan ditayangkan di pawagam pada 4 April ini dengan membariskan pelakon seperti Hazama, Joey, Along Cham, Anas Tahir, Ropie dan Amirah Othman. –