Kesal dan sedih dengan penundaan itu, penganjurnya, Farhan Aizat daripada Showlab Ventures memaklumkan, konsert terbabit terpaksa ditangguhkan ke tarikh baharu atas beberapa alasan tidak dapat dielakkan.
“Kami berasa sedih dengan penangguhan ini. Kami juga akur dengan kemeriahan pelbagai konsert yang berlangsung pada Mac dan April depan. Menangguhkan konsert ini adalah jalan terbaik buat kami.
“Di samping itu, kami juga perlu mengambil kira beberapa aspek teknikal bagi memastikan konsert ini berjaya dijalankan dengan lancarnya,”
Farhan turut memohon maaf atas segala kesulitan berlaku dan mengharapkan semua pihak memahami situasi berkenaan.
Konsert yang menggabungkan dua penyanyi wanita berlainan genre muzik itu bakal diadakan di lokasi sama, bermula jam 8.45 malam seperti dijadualkan.
Peminat Zee Avi dan Njwa yang ingin membeli tiket boleh mendapatkan maklumat lengkap di laman sosial penganjur, iaitu Instagram @showlab.my atau Facebook Showlab MY.