Jenama peneraju hiburan paling berpengaruh negara, Rocketfuel Entertainment dengan rendah hatinya ingin mengumumkan bahawa konsert sulung penyanyi-penggubah lagu popular tanah air ‘HAEL HUSAINI LIVE IN KL’ yang direncanakan bakal berlangsung pada 4 Disember 2022 ini, jam 8:30 malam, bertempat di Zepp Kuala Lumpur telah ditunda ke tarikh 19 Februari 2023, jam 8:30 malam di lokasi yang sama.
Encik Feros Sayna, Ketua Rocketfuel Entertainment berkata, “Pertama sekali, bagi pihak pengurusan kami ingin memohon maaf di atas penukaran tarikh konsert tersebut.
“Kepada setiap pembeli tiket konsert yang telah pun membuat pembelian, jangan risau kerana tiket tersebut kekal sah pada tarikh yang telah dijadualkan semula.
“Sebagai tambahan, Rocketfuel menjanjikan sebuah konsert yang energetik dan penuh bertenaga yang berkonsepkan ‘boogie shoes’ dimana penonton digalakkan ‘sing-along’ serta ‘dance-along’ sepanjang durasi konsert.
– Encik Feros Sayna
Pihak Rocketfuel Entertainment sangat menitikberatkan perasaan peminat Hael supaya tidak berasa kecewa kerana mahu berikan yang terbaik untuk malam konsert yang amat dinanti-nantikan tersebut.
Menurut Hael, “Selama 15 tahun saya berkecimpung dalam industri muzik tanah air, ini merupakan impian saya sedari dulu lagi, banyak yang ingin saya tonjolkan pada malam konsert tersebut yang berkonsepkan festival, saya menganggap konsert ini sebagai pementasan perjalanan karier seni saya secara muzikal, bagaimana saya bermula, apakah perbezaan muzik dan karya saya dari dulu sehingga kini bukan sahaja sebagai penyanyi malah sebagai pencipta lagu, semuanya akan saya sampaikan melalui persembahan pada malam konsert nanti.
Tambah Encik Feros, “Terima kasih sekali saya ucapkan buat semua pihak kerana bersabar dengan penundaan ini, dan sekali lagi kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul.
Sebarang pertanyaan berkaitan konsert boleh diajukan kepada Joe Saiful di talian 012-204 8142.