Ramai yang bertanyakan pada Budiey, apa pekerjaan isteri kepada pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad. Pada sidang media sejurus selepas majlis nikah, Fahrin telah mendedahkan kepada media beliau ada sebab mengapa memilih wanita bernama Elena Hani Eleas yang berusia 37 tahun dan bekerja sebagai seorang pramugari sebuah syarikat penerbangan Emirates Airlines. Elena yang berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang itu kini bertugas sebagai Ketua Pramugari Emirates Airlines. Mereka pernah menuntut dalam kursus sama di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Sama cantik, sama elok, sama padan, kedua-dua pengantin baru ini nampak secocok dan sesuai bersama. Bagi Fahrin, persefahaman dan saling memahami antara satu sama lain menjadi tunggak dalam rumahtangga.
Tahniah buat Fahrin yang kini sah bergelar suami kepada Elena Hani Eleas dengan sekali lafaz tepat jam 10.40 pagi tadi di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara. Teka teki bakal isteri Fahrin menemui titik noktah apabila beliau memilih Elena Hani, seorang pramugari sebuah syarikat penerbangan.
Fahrin dan Elena dinikahkan oleh Pegawai Pendaftar Nikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Hazman Hashim dan pengantin perempuan diwalikan oleh ayahnya, Eleas Hashim.
Fahrin menyerahkan mas kahwin berjumlah RM80 dan sebentuk cincin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Fahrin menjadi bualan hangat apabila mengumumkan bakal berkahwin pada 9 Mei pada satu sidang media khas namun memilih untuk merahsiakan identiti bakal isterinya. Bagaimanapun pasangan pengantin itu tidak menghadiahkan sebarang dulang hantaran.
Pada majlis itu, seramai 300 tetamu hadir menyaksikan pernikahan termasuklah ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.
“Alhamdulillah, akhirnya saya berkahwin dengan Elena. Moga tanggungjawab sebagai ketua keluarga dapat saya laksanakan dengan baik. Doakan perkahwinan kami kekal hingga akhir hayat. Amin.”
Selamat pengantin baru. Selamat hari jadi, Fahrin!