Cuaca panas yang melanda negara atau dikenali dengan fenomena alam El Nino agak membimbangkan akhir-akhir ini. Namun mungkin ada antara faktor lain yang berkemungkinan menambahkan lagi kebahangan yang sedia ada.
Punca yang dikenalpasti ialah ‘Demam Panas AJL’ sempena acara anugerah muzik paling berprestij – Anugerah Juara Lagu – yang bakal berlangsung kurang dari seminggu dari sekarang iaitu pada Ahad, 24 Januari 2016 jam 9.00 malam di Stadium Malawati, Shah Alam serta bersiaran di TV3.
Ingin melihat buktinya? Gunakan sahaja carian #KarokAJL di aplikasi instagram pasti anda bakal melihat ramai yang menyanyikan lagi-lagu finalis yang pernah bertanding di Anugerah Juara Lagu. #Karok AJL diperkenalkan oleh TV3 untuk memeriahkan lagi AJL30 di ruang laman sosial.
Malah #KarokAJL juga sebenarnya merupakan sebuah peraduan yang memberi peluang kepada pemenangnya menerima wang tunai sebanyak RM300. Peserta hanya menyanyikan lagu-lagu yang pernah bertanding di Anugerah Juara Lagu di akaun instagram masing-masing dengan menggunakan hastag #KarokAJL dan #AJL30.
Antara yang memulakan ‘demam’ itu adalah selebriti media sosial berpengaruh, Faizdickie yang mengajak orang ramai dan selebriti untuk saling menominasikan rakan-rakan mereka untuk menyertai cabaran itu. Sehingga kini hampir seribu ‘post’ menggunakan hastag tersebut selain ramai selebriti terkenal Malaysia turut menyahut cabaran sesama rakan artis. Antaranya ialah Nadzmi Adhwa, Mia Ahmad, Amar Baharin, Amyra Rosli, Syarul Ridzwan, Janna Nick, Dayang Nurfaizah, Sandra, Anis Al Idrus, Syuhada, Ayda Jebat, Hafreez Adam, Drama Band, Tasha Manshahar dan ramai lagi.
Pemenang bertuah akan diumumkan di media sosial @tv3malaysia pada 25 Januari 2016 dan penyertaan yang paling menarik akan mendapat hadiah wang tunai tersebut. Orang ramai masih digalakkan menyertai peraduan ini kerana peraduan hanya tamat pada 24 januari 2016 nanti.
Layari laman rasmi www.anugerahjuaralagu.com dan dapatkan perkembangan semasa menerusi Facebook, Twitter & Instagram TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Gunakan hashtag #AJL30 untuk menghangatkan lagi perbualan tentang anugerah ini di laman sosial.