in , , ,

Ada Sebab Adik Beradik Neelofa Unfollow PU Riz, Netizen Terus Mencari Kepastian

Di laman Twitter ketika ini, rata-rata netizen mula membuat spekulasi mengenai hubungan Neelofa dan PU Riz selepas adik-beradik selebriti itu memuatnaik perkongsian yang sama di laman Insta-story mereka. Apa yang sebenarnya berlaku, begitulah persoalan yang ditanya oleh netizen.

Seakan sudah menjadi lumrah dan adat orang tengah mengharungi tempoh fasa bertunang, pasti ada bermacam-macam ujian dan halangan melanda sebelum pasangan sehati sejiwa disatukan dalam satu ikatan perkahwinan yang sah. Betullah orang kata, darah tengah manis ye?

Sejak kebelakangan ini, warganet semakin bertambah kecoh di media sosial berdiskusi tentang hubungan antara pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz yang kini masih mengikat tali pertunangan. Itulah, tiada angin, tiada ribut, nama PU Riz dan Neelofa hari ini tiba-tiba menjadi trending di Twitter.

Seakan berita panas yang sedang melanda sosial media ini menjadi highlight utama yang sensasi bagi menutup tirai 2020.

Ianya bermula dan tercetus apabila adik beradik Neelofa telah dilihat tidak lagi mengikuti (unfollow) akaun Instagram PU RIz.

Desas-desus itu mula tercetus selepas beberapa pengguna media sosial mula memuat naik beberapa foto tangkap layar InstaStory adik-beradik Neelofa dalam ciapan mereka.

Ada Sebab Adik Beradik Neelofa Unfollow PU Riz, Netizen Terus Mencari Kepastian
Ketika ini ramai netizen yang bercakap dan buat spekulasi kenapa adik beradik Neelofa telah unfollow PU Riz.

Kemudian, netizen telah membuat pelbagai andaian dan spekulasi dengan beberapa perkongsian yang dibuat oleh ketiga-tiga adik beradik selebriti terkenal itu iaitu Noor Nabila, Athisha Khan dan Ameera Khan di IG Story.

Beberapa orang adik beradik Neelofa telah berkongsi kata-kata berupa kenyataan yang merujuk kepada sikap sebenar seseorang itu selain turut berkongsi doa yang meminta perlindungan daripada perkara-perkara yang buruk. Namun, mereka tidak menyatakan kata-kata itu ditujukan kepada sesiapa.

“Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami),”

– Noor Nabila, Athisha Khan dan Ameera Khan

Namun, demikian netizen telah mengandaikan kata-kata yang ditulis itu ditujukan kepada PU Riz memandangkan ianya ada berkait rapat dengan tindakan mereka unfollow PU Riz di IG.

Ramai yang tertanya adakah hubungan Neelofa dan PU Riz sedang retak menanti belah?

Ada juga netizen yang tidak berpuas hati kerana, Neelofa tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan dan masih lagi follow Haris. 

Netizen juga kecewea dan hampa kerana adik-beradik mereka campur tangan dalam urusan pasangan ini.

Ada Sebab Adik Beradik Neelofa Unfollow PU Riz, Netizen Terus Mencari Kepastian

Bukan itu sahaja, IG Story mereka juga kesemuanya memuat naik ‘quote’ atau kata-kata hikmah yang hampir sama bertemakan perhubungan.

Ada Sebab Adik Beradik Neelofa Unfollow PU Riz, Netizen Terus Mencari Kepastian
status yang dimuat naik beberapa jam lalu juga turut menjadi tanya tanya peminat, seolah-olah hubungan mereka sedang dilanda masalah.

Noor Nabila yang juga kakak kepada Neelofa turut memuat naik beberapa foto yang tertulis kata-kata seperti menyindir seseorang.

nabila

“Perangai sebenar seseorang akan terbongkar secara perlahan-lahan. Anda mungkin akan diperbodohkan buat sementara tetapi perlu bersabar untuk melihat apa yang akan terjadi nanti,” 

– NOORNABILA MENERUSI IG STORY

Kata-kata yang sama turut dimuat naik oleh dua orang lagi adik Neelofa iaitu Atisha Khan dan Ameera Khan dalam Instagram mereka.

Ada Sebab Adik Beradik Neelofa Unfollow PU Riz, Netizen Terus Mencari Kepastian
Ada Sebab Adik Beradik Neelofa Unfollow PU Riz, Netizen Terus Mencari Kepastian
Ada Sebab Adik Beradik Neelofa Unfollow PU Riz, Netizen Terus Mencari Kepastian

Ada sumber daripada Twitter mengatakan mereka ini sudah berkahwin dan kini tidak ada apa-apa? 

Adakah sumber ini boleh dipakai?

Setakat Ini, Neelofa & PU Riz Masih Lagi Mengikuti IG Masing-Masing

Bagaimanapun, setakat ini Pu Riz dan Neelofa masih lagi mengikuti Instagram masing-masing.

Baru-baru ini, akaun Instagram peminat pasangan tersebut @neelofaharrisofficial ada memuat naik satu posting dan menerima komen daripada seorang pengguna bernama @pidzyy.

Individu tersebut seakan-akan memberi ‘bayangan’ dan mendakwa bahawa hubungan pasangan berkenaan sedang ‘bergelora’ akibat campur tangan ahli keluarga serta sahabat.

Ada Sebab Adik Beradik Neelofa Unfollow PU Riz, Netizen Terus Mencari Kepastian
Spekulasi mengenai hubungan pasangan terkenal, Neelofa dan PU Rizz kini menjadi perbualan di media sosial.

Diboikot & Saling ‘Unfollow’ Satu Keluarga?

Diboikot & Saling 'Unfollow’ Satu Keluarga?

Netizen mula berkongsi pelbagai pandangan berhubung dakwaan kononnya ikatan pertunangan antara kedua-dua mereka sedang melalui ujian.

Pelbagai versi mengenai status hubungan Neelofa dengan PU Rizz juga turut disampaikan oleh netizen di Twitter hingga mencetuskan spekulasi.

Lebih menguatkan spekulasi tersebut, kesemua mereka juga tidak lagi mengikuti Instagram bekas peserta Pencetus Ummah itu dan turut memadam foto majlis merisik Neelofa yang diadakan pada 1 November lalu.

Ada Sebab Adik Beradik Neelofa Unfollow PU Riz, Netizen Terus Mencari Kepastian
Ada Sebab Adik Beradik Neelofa Unfollow PU Riz, Netizen Terus Mencari Kepastian
Ada Sebab Adik Beradik Neelofa Unfollow PU Riz, Netizen Terus Mencari Kepastian

Rata-rata netizen membuat andaian bahawa hubungan Neelofa dan Haris akan berakhir tidak lama lagi dan majlis perkahwinan yang dijangka berlaku sekitar bulan Mac tahun depan seperti tidak kesampaian.

“Risau pula dengan khabar angin Neelofa dan Haris. Kalau benar putus, mesti ramai kecewa,”

– NETIZEN

“Dengarnya keluarga Neelofa tak suka dengan Haris, betul ke?,”

– PENGGUNA TWITTER.
Ada Sebab Adik Beradik Neelofa Unfollow PU Riz, Netizen Terus Mencari Kepastian

Haris Tak Sesuai Buat Keluarga Neelofa?

Ada Sebab Adik Beradik Neelofa Unfollow PU Riz, Netizen Terus Mencari Kepastian

Terdahulu, pada 1 November lalu, bekas pengacara MeleTOP itu dilaporkan sudah dirisik oleh keluarga Haris dalam sebuah majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarga Neelofa.

Bahkan, pasangan itu juga dikatakan bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun depan.

Sehingga hari ini, masih tiada sebarang pengesahan daripada kedua-dua pihak mengenai majlis perkahwinan yang bakal diadakan itu.

NEELOFA PU RIZ

Foto Risik Neelofa Sudah Dipadam?

Nama kedua-dua personaliti itu menjadi trending di Twitter dengan dakwaan daripada netizen yang mengatakan hubungan mereka kini sudah mula retak.

Malah, gambar ketika majlis merisik yang dimuat naik oleh ibu Neelofa, Noor Kartini di akaun Instagram miliknya juga sudah tidak kelihatan.

Perkara itu sekaligus menimbulkan tanda tanya adakah terdapat masalah di antara Neelofa dan PU Riz.

Selain itu, terdapat dakwaan daripada netizen yang mengatakan bahawa mereka tidak lagi mengikuti pendakwah bebas yang juga pelakon itu di laman Instagram. Malah foto bersama Neelofa dan PU Riz di laman Instagram tidak lagi kelihatan termasuklah foto ketika acara merisik Neelofa pada awal November lalu.

Menerusi petikan kata-kata yang dimuat naik Nabila, dia memberi ingatan supaya bernikah dengan seseorang yang bercakap dalam keadaan baik walaupun ketika marah.

InstaStories berkaitan perkara sama juga dimuat naik oleh adik Neelofa, Ameera Khan berkaitan dengan sikap sebenar seseorang individu.

“Jika seseorang itu sudah menunjukkan warna sebenarnya, kita tidak perlu untuk mewarnanya kembali,” kata Ameera.

Kesemua status tersebut mempunyai kaitan berkenaan dengan sikap sebenar seseorang namun tidak ditujukan secara tepat kepada sesiapa.

Semestinya dengan gambar merisik yang sudah dibuang daripada laman sosial dan petikan kata-kata yang berbaur kekecewaan sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya terhadap hubungan Neelofa dan PU Riz.

Neelofa dan PU Riz setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan hubungan mereka.

Bagaimanapun, dalam masa yang sama peminat turut mendoakan yang terbaik buat hubungan Neelofa dan PU Riz.

Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail telah mengikat tali pertunangan pada 1 November 2020 tidak lama selepas pemilik jenama Naelofar itu mengumumkan dirinya sudah berpurdah sepenuhnya.

Apa yang sebenarnya terjadi? Adakah semua spekulasi itu benar-benar berlaku atau sebaliknya? Semoga hubungan mereka baik-baik sahaja.

Dugaan Buat Neelofa & PU RIz Mengharungi Tempoh Bertunang

Menurut beberapa sumber yang dihubungi oleh Astro Awani, dakwaan yang mengatakan pertunangan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 31, dengan PU Rizz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, sudah berakhir amat sukar untuk disahkan buat masa sekarang.

Ini kerana, kata sumber itu, belum ada sebarang kenyataan yang keluar dari mulut keluarga Neelofa berhubung isu tersebut.

Namun begitu, sumber memaklumkan, berdasarkan perbualan antara ahli keluarga Neelofa memberi bayangan bahawa hubungan Neelofa dan PU Rizz ‘sudah berakhir’.

“Bayangan yang diberikan sepertinya ‘tiada jodoh’ antara Neelofa dan PU Rizz“.

Seorang lagi sumber yang dekat dengan Neelofa pula berkata, kemelut yang dilalui Neelofa dan PU Rizz ketika ini agak rumit untuk dijelaskan kepada peminat-peminat mereka.

“Ini adalah dugaan mereka dalam melalui alam pertunangan. Doakan yang baik-baik buat mereka,”

Berdasarkan tinjauan Astro AWANI di akaun Instagram ahli keluarga Neelofa khususnya ibu artis berkenaan, Datin Noor Kartini Noor Mohamed, foto-foto ketika majlis merisik anak kesayangannya pada 1 November lalu juga dipadam.

Bahkan, Noor Kartini juga sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram PU Rizz.

Apa yang mencetus perdebatan dalam kalangan netizen ialah, perkongsian Instagram Stories (IG Story) adik-beradik Neelofa iaitu Noor Nabila, Athisha Khan dan Ameera Khan juga bagaikan memberi bayangan bahawa ada ‘sesuatu yang tidak kena’.

Bahkan, foto-foto semasa majlis merisik juga sudah tidak lagi kelihatan di laman Instagram mereka.

Astro AWANI sedang berusaha mendapatkan kenyataan daripada pengurusan Neelofa mengenai dakwaan tersebut, namun, belum mendapat sebarang maklum balas.

PU Rizz juga tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan kenyataan daripadanya.

Pada 1 November lalu, Astro AWANI melaporkan bekas pengacara program MeleTOP itu menerima kunjungan keluarga PU Rizz bagi menyempurnakan acara merisik.

Dalam majlis itu, Neelofa menerima sebentuk cincin sebagai tanda dia sudah disunting.

Neelofa dan PU Rizz juga difahamkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021.

*Sumber: Astro Awani

Kecoh! Neelofa & PU Riz Dipercayai Putus Tunang

Dan, berita ini dipetik dari MStar Online yang menyiarkan desas-desus khabar angin yang mengatakan pertunangan dan Neelofa dan PU Riz sudah pun putus? Mana satu yang betul ni, sebab di Twitter ada yang Tweet mereka sudah berkahwin?

BENARKAH pertunangan Neelofa dan personaliti dakwah Pencetus Ummah (PU) Riz sudah berakhir?

Tapi itulah khabar angin yang menjadi perdebatan di media sosial pada malam Sabtu apabila pertunangan yang dimeterai pasangan berkenaan pada 2 November lalu dikatakan menemui titik nokhtahnya.

Malah, perkongsian adik-beradik Neelofa memuat naik doa di Instagram yang memohon dilindungi daripada perkara buruk.

If someone shows you their true colours, don’t try to repaint them (Sekiranya seseorang menunjukkan warna sebenarnya kepada anda, jangan cuba mengecatnya semula” ujar Amira Khan.

Antara perkongsian adik-beradik Neelofa di Instagram.

Sehingga kini, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada kedua-dua belah pihak masih belum berhasil apabila PU Riz dan pengurusan Neelofa tidak membalas mesej.

Sementara itu, menerusi tinjauan mStar, ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed sudah memadam foto-foto PU Riz ketika majlis merisik yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Betul Ke Neelofa Sudah Dirisik PU Riz? Kata-Kata Noor Kartini & Cincin Beri Bayangan
Gambar kenangan Neelofa dan PU Riz bersama ibu masing-masing.

Malah, Noor Kartini juga sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram PU Riz.

Sebelum ini, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Rizzatau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, mengejutkan ramai pihak apabila mengikat tali pertunangan pada 2 November lalu.

*Sumber: mStar Online

Ini pula berita yang dipetik dari Harian Metro…

Ada Sebab Adik Beradik Neelofa Unfollow PU Riz, Netizen Terus Mencari Kepastian

Nama PU Riz kini ‘trending’ nombor satu di Twitter berikutan hubungan bersama ‘calon isteri’, pengacara popular, Noor Neelofa kini berantakan.

Malah, spekulasi itu lebih hangat dibincangkan oleh warganet apabila mula memuat naik beberapa foto tangkap layar InstaStory adik-beradik Neelofa dalam ciapan mereka.

Antaranya, kakak Neelofa iaitu Noor Nabila didakwa memuat naik beberapa kapsyen foto di Instagram Story dengan kata-kata seperti menyindir seseorang.

“Warna sebenar seseorang akan terbongkar secara perlahan-lahan. Anda mungkin akan diperbodohkan buat sementara tetapi perlu bersabar untuk melihat apa yang akan terjadi nanti,” tulisnya.

Bukan hanya Noor Nabila, tetapi dua lagi adik Neelofa iaitu Atisha Khan dan Ameera Khan turut memuat naik kata-kata sinis yang hampir sama di Instagram mereka seperti ditujukan buat seseorang.

Tindakan sama juga dilakukan ibu Neelofa, Noor Kartini yang membuat perkongsian di Instagram story berkaitan kata-kata memohon perlindungan Allah SWT daripada perkara buruk.

Mengikut perkongsian warganet di Twitter dengan akaun @zighduhhh memaklumkan foto risik PU Riz dan Neelofa juga khabarnya sudah dipadamkan daripada Instagram. Begitu juga, semua adik-beradik Neelofa dikata sudah tidak mengikuti PU Riz di media sosial.

Terdahulu, Neelofa dilaporkan sudah dirisik oleh PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail pada 1 November lalu di kediaman keluarga bekas pengacara MeleTOP itu.

Malah, dilaporkan juga pasangan itu bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun depan. Bahkan, baru-baru ini hangat di media sosial apabila Neelofa dikata terlepas memanggil PU Riz ‘sayang’ dalam satu video mereka di YouTube.

*Sumber: Harian Metro

Neelofa, PU Riz Berantakan?

Pengacara dan pelakon popular, Neelofa sohor di media sosial hari ini berikutan spekulasi hubungannya dengan pendakwah, Haris Ismail dikatakan berantakan.

Kontroversi hangat itu dikatakan berpunca daripada gambar yang dimuat naik oleh ahli keluarga Neelofa di Instagram yang didakwa seperti memberi ‘hint’ tentang keretakan hubungan mereka.

Rata-rata pengguna Twitter khususnya mula mencipta pelbagai spekulasi dan andaian sendiri berhubung gambar yang dimuat naik oleh ahli keluarga pengacara itu.

Setakat ini, Neelofa dan Haris masih belum memuat naik sebarang gambar atau video sebagai jawapan kepada spekulasi yang sohor kini di media sosial.

Namun difahamkan, Haris sudah menutup ruangan komen di Instagramnya.

Hubungan Neelofa dan Haris mula mendapat perhatian umum apabila mereka sering berkerjasama dalam kerja amal menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa.

Tetapi sama ada Neelofa atau Haris, masing-masing menafikan spekulasi itu sehinggalah awal November lalu apabila mereka dikatakan sudah mengikat tali pertunangan.

Namun, spekulasi yang sedang hangat dibicarakan ketika ini belum dapat dipastikan puncanya.

Rata-rata peminat Neelofa juga meninggalkan komen  mendoakan agar pengacara popular itu sentiasa dalam rahmat dan kasih Illahi.

*Sumber: Utusan Malaysia

EqKzk5wU8AI2woE
Viral di Twitter tentang Whatsapp tentang khabar angin mengatakan Neelofa dan PU Riz sudah menikah di Kelantan.

Ibu & Adik-Beradik ‘Unfriend’ & Delete Foto Pertunangan…Viral Whatsapp Dakwa PU Riz, Neelofa Sudah Bernikah?

Pelbagai spekulasi mengenai hubungan personaliti dan usahawan popular Neelofa, selepas ibu dan adik-beradiknya berhenti mengikuti PU Riz di laman sosial Instagram (IG).

Lebih hangat lagi apabila kesemua mereka (ahli keluarga Neelofa) memuat naik status hampir sama di ruangan IG Stories masing-masing seperti memberi bayangan bahawa ada ‘sesuatu yang tidak kena’.

Menerusi tinjauan Gempak di akaun IG ibu artis berkenaan, Datin Noor Kartini Noor Mohamed, foto-foto ketika majlis merisik anak kesayangannya pada 1 November lalu juga dipadam.

Perkara tersebut yang disedari netizen sejak petang tadi (Sabtu) mula menjadi perbualan dan rata-rata meneka pasangan tersebut kini sedang mempunyai masalah dalam hubungan mereka.

Viral Whatsapp Dakwa PU Riz, Neelofa Sudah Bernikah?

Ada yang berpandapat ikatan pertunangan Neelofa dan PU Riz sudah terputus, namun sehingga kini perkara tersebut belum dapat disahkan.

Lebih panas lagi paparan skrin yang mendakwa kononnya Neelofa dan PU Riz sudah berkahwin turut tular di laman sosial.

Menerusi paparan skrin terbabit, ada dinyatakan Neelofa dan PU Riz telah dinikahkan bapa kandung pemilik jenama Naelofar itu di Kelantan.

Individu di dalam Whatsapp itu juga mendakwa Neelofa kini sedang menjalani rawatan alternatif kerana terkena ilmu pengasih.

Viral Whatsapp Dakwa PU Riz, Neelofa Sudah Bernikah?

Bagaimanapun usaha Gempak untuk mendapatkan kenyataan daripada pengurusan Neelofa dan PU Riz mengenai dakwaan tersebut belum mendapat sebarang maklum balas.

Apa pun yang berlaku, diharap kemelut yang berlaku dapat diselesaikan dengan cara baik oleh kedua-dua belah pihak, biarpun spekulasi demi spekulasi mula bertebaran.

*Sumber: Gempak

Hubungan Neelofa, PU Riz Bergolak?

Umpama retak menanti belah, itulah yang boleh digambarkan hubungan selebriti popular, Neelofa, 31, dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 25, ketika ini.

Status perhubungan Neelofa dan PU Riz yang dikatakan mengikat tali pertunangan pada 1 November lalu menjadi perbualan hangat netizen menerusi laman Twitter, sejak semalam.

Menguatkan spekulasi hubungan Neelofa dan PU Riz sedang bergolak menerusi status yang dimuat naik adik beradik bekas pengacara MeleTOP itu, Noor Nabila, Athisha Khan dan Ameera Khan dalam Instagram Stories (IG Story).

Mereka memberi bayangan ada sesuatu yang tidak kena berlaku, malah turut berkongsi doa meminta perlindungan daripada perkara tidak diingini.

Ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed dan adik beradiknya bertindak ‘unfollow’ PU Riz dalam IG, selain memadam foto ketika majlis perisik. Noor Kartini dilihat ‘unfollow’ PU Riz sejak awal bulan lalu.

Menerusi perkongsian dalam IG Story, Noor Kartini menyindir mengenai tidak masuk syurga apabila menjadi ‘pemutus’ hubungan kekeluargaan, selain memohon perlindungan Allah SWT daripada perkara buruk.

Kakak Neelofa, Noor Nabila pula memuat naik beberapa petikan dalam IG Story seperti menyindir seseorang.

Menerusi petikan yang dimuat naik Noor Nabila, dia memberi ingatan supaya berkahwin dengan lelaki yang bercakap dalam keadaan baik, walaupun sedang marah.

“Pasangan baik tidak cuba menghina anda ketika sedang marah. Ini kerana sangat menghormati dan tidak mahu kehilangan dalam perselisihan kecil.

“Saya sangat berhati-hati dengan orang yang tindakannya tidak sesuai dengan kata-kata.

“Warna sebenar seseorang akan terbongkar secara perlahan-lahan. Anda mungkin akan diperbodohkan buat sementara, tetapi perlu bersabar untuk melihat apa yang akan terjadi.

“Mengikut karma, jika seseorang sudah menunjukkan warna sebenar, tidak perlu cuba mewarnai kembali. Adakah kita menghampiri kebenaran?,” persoal Noor Nabila menerusi petikan yang dimuat naik.

Bukan hanya Noor Nabila, tetapi dua adik Neelofa, iaitu Athisha dan Ameera turut memuat naik kata-kata sinis yang hampir sama seperti ditujukan kepada seseorang dalam IG Story. Semua status dimuat naik mempunyai kaitan mengenai sikap seseorang, dipercayai ditujukan kepada PU Riz.

Sehingga kini, Neelofa mahupun PU Riz belum memuat naik gambar atau video bagi menjawab spekulasi yang sohor dalam media sosial. Namun, PU Riz dilihat menutup ruangan komen dalam IG.

Sebelum ini, status Noor Kartini bagaikan mengesahkan anak kesayangannya itu sudah disunting PU Riz. Bagaimanapun, hingga hari ini, Neelofa mahupun PU Riz masih mengunci mulut, tidak sepatah pun keluar mengenai majlis merisik yang berlangsung di kediaman keluarganya di Petaling Jaya pada 1 November lalu.

Pasangan itu dikatakan mula menjalinkan hubungan cinta selepas menjayakan beberapa program kebajikan bersama, selain PU Riz dilihat sering bersama keluarga Neelofa memberikan kuliah agama.

Baru-baru ini, Neelofa dikatakan tiga kali tersasul memanggil PU Riz dengan gelaran ‘sayang’ dalam satu video yang dimuat naik menerusi laman YouTube.

Neelofa dan PU Riz dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga pada penghujung Mac, tahun depan.

*Sumber: Berita Harian

Gambar Lama PU Riz Tersebar Semula, Ini Komen Netizen Tentang Adik Beradik Neelofa

Tak perlu dihuraikan lagi, pasti ramai sudah mengetahui tentang hubungan antara pengacara Noor Neelofa dan tunangnya, iaitu PU Riz yang kini seperti sedang dilanda badai semenjak kisah mereka tular di media sosial mulai 26 Disember.

Secara tiba-tiba, nama Neelofa dan PU Riz trending di aplikasi Twitter selepas ramai warganet membuat ‘siasatan’ berkenaan Instagram story yang dimuat naik oleh adik-beradik Neelofa iaitu Noor Nabila, Athisha Khan dan juga Ameera Khan.

Gambar Lama PU Riz Tersebar Semula, Ini Komen Netizen Tentang Adik Beradik Neelofa

Permulaan kisah ini berlaku apabila mereka bertiga memuat naik satu Instagram story yang sama, disusuli memadam semua foto ketika majlis pertunangan Neelofa dan PU Riz serta tidak lagi mengikuti pendakwah tersebut di laman Instagram.

Kemudian, ibu kepada Neelofa iaitu Noor Kartini turut memadam foto bersama Neelofa ketika majlis tersebut yang diadakan pada 1 November lalu.

Netizen mula membuat spekulasi sendiri berkenaan hubungan mereka yang mengatakan kononnya PU Riz merupakan seorang yang judgemental apabila kebanyakan adik-beradik Neelofa tidak memakai tudung.

Gambar Lama PU Riz Tersebar Semula, Ini Komen Netizen Tentang Adik Beradik Neelofa

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang terlalu rajin sehingga mendedahkan semula tentang kehidupan lama PU Riz ketika belajar di sebuah universiti tempatan.

Gambar Lama PU Riz Tersebar Semula, Ini Komen Netizen Tentang Adik Beradik Neelofa

Dalam masa yang sama, netizen menjumpai beberapa komen yang ditinggalkan di satu akaun Instagram milik seorang gadis dikenali sebagai Shafira Ismail Norbat.

Gambar Lama PU Riz Tersebar Semula, Ini Komen Netizen Tentang Adik Beradik Neelofa

Komen yang ditinggalkan oleh PU Riz berbunyi teguran kepada gadis tersebut dan itu membuatkan netizen berasa musykil tentang maksud yang tersirat.

Tetapi selepas disiasat oleh warganet, gadis tersebut merupakan adik kandung PU Riz sendiri.

Kini, muncul semula beberapa keping gambar yang tidak sepatutnya dibincangkan di media sosial iaitu gambar lucah yang dikatakan mirip seperti PU Riz.

Namun, ada beberapa netizen memberi pandangan tersendiri mengenai kisah yang melanda selebriti terhangat ini yang mana adik-beradik Neelofa tidak sepatutnya membuka ruang untuk netizen membawa mulut.

Gambar Lama PU Riz Tersebar Semula, Ini Komen Netizen Tentang Adik Beradik Neelofa

Bagi mereka, ahli keluarga Neelofa sendiri yang membuka pekung apabila ada masalah yang melanda dan ia membuatkan netizen berasa tertanya-tanya tentang apa yang sedang berlaku.

Apa pun, kita sebagai orang luar jangan terlalu mudah membuat spekulasi sendiri dan menuduh sana sini.

Biar la pihak Neelofa dan PU Riz sendiri yang menyelesaikan masalah mereka ini, kita tidak perlu masuk campur dalam urusan mereka.

*Sumber: Hot FM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NOH SALLEH

Band Indonesia, FLEUR! Berkolaborasi Bersama Noh Salleh Secara Live @ Tapauasia

Filem EJEN ALI MISI : JUANG Raih 1 Juta Tontonan & Trending #1 di Youtube dalam Masa 24 Jam