Fathia Latiff turut menafikan tindakannya berhijab dan bertudung semula untuk mencari publisiti atau untuk mendapatkan tawaran berlakon kerana bukan dia yang mendedahkan tentang dirinya sudah kembali bertudung tetapi rakan wartawan yang bertanya. Jadi, nak tak nak, Fathia terpaksalah jawab soalan dan pertanyaan dari wartawan.
Saya takut sebenarnya bila orang cakap saya nak pakai tudung sebab publisiti. Ramai rakan wartawan tanya tapi saya pun tak suka publisiti.
“Tapi mestilah saya kena kerjasama juga dengan mereka. Terpulang pada orang ramai nak percaya atau tidak, itu terpulang,”
– Fathia
Sering menerima kecaman netizen, Fathia mengakui ianya bukan perkara mudah. Fathia juga mendedahkan dia pernah terasa hati dengan komen netizen yang mengatakan dia adalah artis paling bodoh.
“Saya dah selalu kena kecam. Siapa yang tak nak buat baik kan. Jujur saya cakap bukan senang. Komen yang paling saya sentap gila ada orang cakap saya artis paling bodoh sekali.
“Lepas tu macam tergamam dan terfikir dekat mana yang saya bodoh tu. Bila diorang cakap macam tu, saya kena buktikan yang saya sebenarnya bukan macam tu,”
– Fathia
Kata Fathia lagi, dia sentiasa cuba sedaya upaya untuk menjadi insan lebih baik kerana Allah dan diri sendiri. Malah, dia juga berdoa supaya tidak lagi membuka tudung selepas ini dan akan terus istiqamah.
Sumber: Gempak