Walaupun diorang terpaksa akur dengan larangan tak rakam semasa kena cucuk tapi mereka berkata ia seperti berat sebelah sebab ada golongan selebriti dan influencer yang femes dibenarkan pulak ambik video! Mana aci macam ni?
Tapi tak semua jugak selebriti yang dapat ambik video, kalau tak silap Budiey hari tu ada Zoey Rahman mengadu tak dapat record video masa kena cucuk.
“Perasan tak? Kalau influencer / artis boleh pula record masa ambil vaccine?”
“Muka yang “tak famous” macam kita ini tiber kena ikut MEDICAL PROCEDURE. TIDAK DIBENARKAN UNTUK RECORD”
Boleh pula main pilih-pilih siapa yang boleh record. HEY MONYET! Buat undang-undang tu bagi semua SELARAS lah!”
– Twitter Netizen
Seorang netizen kata, dia pernah kena marah oleh seorang pegawai keselamatan sebab mahu merakamkan video dirinya dicucuk sebagai tanda kenangan.
“Betul lah tu. Siap ada yang kena maki dengan RELA” komen netizen lain
Bergantung Pada Budi Bicara
Bagaimanapun, dakwaan tersebut dinafikan oleh beberapa netizen yang turut mendapatkan suntikan vaksin sebelum ini. Dibenarkan untuk mengambil gambar mahupun merakam video, jelas mereka kebenaran tersebut adakalanya bergantung kepada budi bicara petugas yang berkhidmat.
Malah, ada pusat vaksin yang sememangnya membenarkan orang ramai untuk berbuat demikian sebagai salah satu medium untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengambil suntikan vaksin.