Selebriti Wawa Zainal dituduh memplagiat rekaan pembungkusan produk kosmetik lain nampaknya telah menimbulkan kekecohan di media sosial TikTok.
Bermula dengan video pendek daripada pengasas produk tersebut yang menyatakan warna dan reka letak yang hampir sama dan menegaskanya ianya telah ditlru oleh produk artis tersebut.
Turut membandingkan kedua-dua produk tersebut dalam video tersebut membuatkan ramai bertelagah antara bersetuju dan yang tidak bersetuju dari pengikut Wawa sendiri.
Segelintir netizen terkejut dengan persamaan rekaan pembungkusan produk tersebut dan tidak menyangka yang ia datangnya daripada produk artis yang dikhabarkan gah.
Bagaimanapun lebih ramai yang mengecam pengasas produk itu. Mereka mengatakan rekaan tersebut boleh didapati dari platform Pinterest. Jadi, mengapa pula kata ditlru?
Sehinggalah ada netizen yang bertanya Aeril Zafrel sendiri di ruangan komen dan Aeril cuma meminta mereka membuka laman Pinterest itu bagi jawapannya.
Dalam dunia tanpa sempadan ini, apa anda fikirkan?
Mula dengan suka-suka, kini Aeril Zafrel dan Wawa Zainal peniaga berjaya
Kuala Lumpur: “Banyak yang bergantung dengan perniagaan kami ini. Bukan sekadar nak kenyangkan perut sendiri.â€
Itu kata pelakon popular, Aeril Zafrel mengenai perniagaan yang diusahakan bersama isteri juga pelakon, Wawa Zainal sejak lima tahun lalu.
Aeril berkata, tiada istilah main-main selepas apa yang dimulakan itu membuahkan hasil selain dapat membantu masyarakat mengubah kehidupan mereka.
“Alhamdulillah, lima tahun dalam perniagaan banyak mengajar kami. Bermula 2016 sekadar suka-suka nak menambah pendapatan sebab Wawa segan minta duit daripada suami. Sekarang perniagaan ini sudah menjadi keutamaan kami. Sudah tidak boleh main-main.
“Apabila seorang demi seorang ucap terima kasih kerana wujudkan perniagaan yang kami bina ini, ucapkan terima kasih dapat beli banyak benda, dapat bahagiakan mak ayah dan bantu suami, semangat kami lebih kuat. Kami akan terus bangkit dan membantu ramai lagi. Doakan kami,†katanya.
Menerusi hantaran di Instagram, Aeril muat naik gambar bersama Wawa dengan anugerah diterima iaitu The Most Versatile Marketing dan The Most Influencing CEO