Program yang dihoskan oleh Sissy Imann dan dirakamkan secara ‘virtual’ tanpa kehadiran peserta cilik di studio telah menyaksikan Adaputra Iskandar Danial bin Asdahrizam (Ada, 11 tahun, Selangor) bergelar sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 20,000.
Razfazreyza Fenge bin Mat Rafengi (Reyza, 12 tahun, Selangor) pula terpilih sebagai naib juara dengan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 manakala Nur Qaireen Izyan Damia binti Jukiri (Qyen, 11 tahun, Sabah) pula muncul sebagai pemenang tempat ketiga dengan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.
Bersesuaian dengan norma baharu iaitu sesi pembelajaran dari rumah, Idola Kecil Di Rumah membuka peluang kepada 6 orang kanak-kanak yang berumur antara 8 hingga 12 tahun untuk mengikuti pelbagai pengisian program ilmiah dan rekreasi yang bermanfaat. Mereka yang turut menyertai program ini ialah Nur Zulaikha binti Mohamad Riduan (Ikha, 12 tahun, Selangor), NurAdyena Hanim binti Abdul Hamid (Dyna, 11 tahun, Negeri Sembilan) dan Nur Marsha Auni Zahira (Asha, 12 tahun, Kuala Lumpur).
Idola Kecil Di Rumah mengambil pendekatan melakukan sesi rakaman secara atas talian dengan 6 peserta terpilih ini. Selain melakukan persembahan secara maya dari rumah, para peserta juga diberikan cabaran – cabaran yang berbeza seperti Sembang IK dan Genius IK untuk menguji kebolehan komunikasi, IQ dan kecerdasan otak. Program ini juga memaparkan selebriti jemputan dalam setiap episod untuk berinteraksi dengan peserta-peserta ini supaya pengisian program tetap menarik walaupun ia dirakam secara maya.
Menurut Muhamad Sufian Che Isa, Pengurus Projek Idola Kecil Di Rumah, “Bagi pihak produksi, kami ingin mengucapkan tahniah kepada keenam-enam peserta yang telah mengikuti pengisian program Idola Kecil Di Rumah dari awal hingga ke akhir program. Kami sangat kagum dengan kesungguhan mereka untuk menyelesaikan semua tugasan dan cabaran mingguan yang diberikan dan tidak ketinggalan juga penghargaan tinggi kepada ibu bapa dan ahli keluarga yang sentiasa sudi bekerjasama untuk memastikan sesi rakaman dapat berjalan dengan lancar.”
Gunakan #IdolaKecilDiRumah #IdolaKecil2021 #scottsrainbow #scottsdhagummies #scottsvitcpastille untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Tamat –