Setelah tampil dengan pelbagai genre sebelum ini seperti filem musikal romantik (Aku Ada Kau Ada), Aksi (Tokan), Seram (Gamatisme) dan komedi (Bo-Peng), PENCIL PICTURES AND RECORDS kini tampil dengan sebuah lagi naskah terbaru bertemakan drama Islamic menerusi filem ADA APA DENGAN DOSA.
Filem genre Drama Islamik, Ada Apa Dengan Dosa yang dijadualkan tarikh tayangan pada 24 September 2020 akhirnya bakal menemui penonton pada 4 Jun 2020 di saluran Astro First.
Penerbit Pencil Pictures & Records Sdn Bhd, Dato’ Ayu Puteh dalam satu kenyataan, berkata perubahan tarikh dan platform tayangan filem Ada Apa Dengan Dosa (AADD) adalah susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh kerajaan yang memberi kesan kepada banyak pihak pada masa ini.
Apatah lagi, beliau akui ada beberapa penerbit filem terpaksa menarik diri kerana situasi yang melanda negara ketika ini.
“PKPB masih bersambung dan situasi jangkitan virus Covid-19 masih tidak stabil. Saya melihat keadaan ekonomi dalam kalangan penggiat industri filem tempatan akan mengambil masa untuk pulih, malah ramai pekerja filem yang sudah tiada pekerjaan.
“Pihak kami juga perlu mengambil kira SOP (Prosedur Operasi Standard) keselamatan dan kedudukan kewangan masyarakat. Menunggu keadaan ekonomi kembali pulih seperti sebelum ini dalam jangka masa pendek bukanlah perkara mudah.Â
“Oleh yang demikian, saya sebagai penerbit filem terpaksa memutuskan apa yang terbaik untuk filem ini walau pun ia keputusan yang tidak mudah,” katanya.
– Dato’ Ayu Puteh
Beliau juga berpendapat, filem Ada Apa Dengan Dosa ini wajib menjadi tontonan umum kerana banyak mesej yang ingin disampaikan.
Tambahan pula, pada masa ini segelintir masyarakat mulai alpa dengan duniawi, ghairah dengan keseronokan dan keindahan dunia yang sementara sehingga terlupa dosa dan pahala dan melihat tanggungjawab sebagai bebanan.
“Saya bukanlah mahu menghakimi dosa pahala setiap antara kita tetapi kerana rasa tanggungjawab sesama islam dan generasi kita yang akan datang. Insha-Allah,” katanya.
– Dato’ Ayu Puteh
Filem Ada Apa Dengan Dosa arahan Rahila Ali dibarisi pelakon popular dan hebat tanah air antaranya Ashraf Muslim, Fasha Sandha, Wanna Ali, Haris Ismail, Fauziah Nawi dan Adam Corrie.
Filem yang menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik di Scotland dan Malaysia ini mengisahkan Aurora yang kembali mencari sinar Islam dan keluarga kandung selepas ditinggalkan di rumah anak yatim sejak lahir. Aurora, 19 tahun dibesarkan oleh keluarga angkatnya sejak kecil di Eropah.
Pertemuannya dengan Khaliq memberi sinar untuk Aurora mengenali Islam dengan lebih dekat. Tanpa sengaja Aurora terdengar ibubapa angkatnya mendedahkan kisah sebenar sehingga menyebabkan Aurora nyaris meragut nyawanya sendiri. Akhirnya Aurora nekad mencari ibubapa kandungnya dengan bantuan Khaliq.
Berjayakah Aurora berjumpa dengan ibu bapa kandungannya di Malaysia? dan menempuh segala rintangan yang dilalui . Jangan lupa saksikan filem Ada Apa Dengan Dosa di pawagam akan datang.
Filem ‘Ada Apa Dengan Dosa’ ini akan dibawakan secara terus ke pawagam di rumah anda menerusi Astro First, Saluran 480 mulai 04 Jun 2020 (Khamis). Bersesuaian dengan pelaksanaan ‘Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat’ (PKPB) di negara kita, ‘Ada Apa Dengan Dosa’ telah melangkaui tayangan di pawagam untuk dinikmati oleh masyarakat Malaysia di rumah masing-masing.
Penonton dapat duduk di rumah, menonton bersama keluarga di samping menikmati kualiti filem sebenar seperti di pawagam.
Dalam perkembangan lain, Pencil Pictures & Records bakal menerbitkan telemovie ‘Aku Bukan Gila’ lakonan Fasha Sandha dan Beto Kusyairy. Â
Dan filem baru ‘Autumn In Wales’  juga arahan Rahila Ali menampilkan pelakon-pelakon berbakat seperti Keith Foo, Wanna Ali, Eyka Farhana, Amirul Haswendy & Jaa Suzuran bakal ditayangkan di pawagam pada Disember 2020.Â
Semoga Pencil Pictures and Records akan terus menghasilkan filem-filem bermutu yang terdiri daripada pelbagai genre pada tahun ini. Kerjasama dan sokongan daripada para wartawan amatlah dialu-alukan bagi memastikan semua misi dan visi ini mencapai matlamat yang diharapkan.
SINOPSIS
Ada Apa Dengan Dosa ini mengisahkan Aurora yang kembali mencari sinar Islam dan keluarga kandung selepas ditinggalkan di rumah anak yatim sejak lahir. Aurora, 19 tahun dibesarkan oleh keluarga angkatnya sejak kecil di Eropah. Pertemuannya dengan Khaliq memberi sinar untuk Aurora mengenali Islam dengan lebih dekat. Tanpa sengaja Aurora terdengar ibubapa angkatnya mendedahkan kisah sebenar sehingga menyebabkan Aurora nyaris meragut nyawanya sendiri. Akhirnya Aurora nekad mencari ibubapa kandungnya dengan bantuan Khaliq.
Berjayakah Aurora mencari ibu bapa kandungnya di Malaysia?
Sanggupkah Aurora berdepan dengan segala kepahitan yang bakal terungkai di sebalik segala keindahan yang terlihat.
SENARAI KARYAWAN
Terbitan Pencil Pictures Sdn. Bhd.
Penerbit Dato’ Normashayu Puteh
Penerbit Eksekutif Sufian Ali
Penerbit Penyelaras Jesslyn Foo / Nilly Wahida Omar Hadi
Pengarah Rahila Ali
Penolong Pengarah Suhaiza Abdul Aziz
DOP Shahreel Abu Bakar / Helmi Yusof
Konti Airene Afzan Abdul Rahman
Pengurus Produksi Mohd Razif Kamal
Koordinator Nik Mohd Suriadi Affendi Nik Kob
Pengarah Seni Johan Saly
Make Up Aishah Harith
Wardrobe Mawar Syahida Mohd Shukor
Still Photo Muhammad Syafiq Mohtar
Audioman Fazly Radzi
Runner Muhammad Hakkim Zaharudin
Handy Amirul Ashraf Abdul Ghafar
PELAKON
Wanna Ali Aurora
Haris Ismail Khalid
Fasha Sandha Siti Zahrah
Ashraf Muslim Ustaz Aariz
Adam Corrie Yusuf Lee
Fauziah Nawi Nenek
Rayyan Dinno Aidit (Anak Siti Zahrah)
Regina Vereker Emak Aurora
Bobby Robertson Ayah Aurora
Mohd Naqeeb Zahiedin Azman
Azuana Said Pensyarah
Cassidy Anderson Doktor