Setelah 14 tahun berteka teki samada filem ini terhenti di bandara atau ada ada kelansungannya, maka hari ni officially Apa Ada Dengan Cinta 2 masuk panggung secara serentak di 3 negara iaitu Indonesia, Malaysia dan Brunei.
Kalau dalam AADC plotnya berkisah tentang cinta remaja, AADC2 menyambungi kisah cinta Cinta-Rangga sewaktu dewasa. Storyline very straight forward tetapi digarap begitu indah oleh sutradaranya Riri Reza.
Hari Ini Ada Apa Dengan Cinta 2 di Pawagam Seluruh Malaysia
[dropcap]M[/dropcap]emilih lokasi penggambaran di 3 lokasi utama iaitu Jakarta, Brooklyn dan Yogjakarta. Yogja yang sebelum ini begitu jarang diketengahkan dalam filem filem besar Indonesia mula mendapat perhatian. Kalau sebelum ini filem Aaach… Aku Jatuh Cinta turut memilih Yogja, banyak juga lokasi menarik di Yogja yang melatari filem AADC2, yang paling indah di Punthok Setumbu juga dikenali sebagai The Chicken Church.
Secara keseluruhan, kami memberikan 4/5 bintang untuk filem ini. Dari casting, prop, lokasi, cinematography, storyline dan pengarahan adalah terbaek. Semoga filem ini sukses dan dapat pecah panggung di Malaysia. Jadi, pada anda semua, jangan lupa untuk ramai ramai datang menonton filem ini.