in

Ada 14 Hujung Minggu Yang Panjang pada tahun 2019

Airbnb telah menyenaraikan destinasi popular yang anda boleh sampai dalam masa 8 jam. Jom terbang ke India, Jepun, China dan Taiwan untuk meneroka destinasi yang jarang dikunjungi tetapi popular.

Seperti yang kita mengalu-alukan 2019, Airbnb memandang ke hadapan untuk perancangan perjalanan rakyat Malaysia untuk tahun baru. Berdasarkan gabungan carian, tempahan dan data pertumbuhan senarai kehendak Airbnb*, Airbnb meramalkan minat yang semakin meningkat di lebih banyak kawasan, bandar dan bandar kecil yang jarang dikunjungi untuk diterokai oleh warga Malaysia dalam masa lapan jam penerbangan.

Dari sebuah pulau bebas kenderaan yang berdekatan dengan pantai Xiamen Tenggara China, hingga ke Wilayah Wakayama, sebuah kawasan sederhana yang berdekatan dengan Osaka ini dilihat sebagai “tanah suci” Jepun dengan 52 kuil dalam kawasan Buddha suci di Koyasan –  suatu pengalaman sebenar yang menenggelamkan seseorang dalam budaya, meditasi dan masakan vegetarian.

Airbnb mendapati bahawa kebanyakan destinasi popular pada masa kini yang tidak hanya membenarkan pengembara mengalami aspek sebenar sebuah negara, tetapi juga menjadi sebahagian daripada ekosistem pelancongan yang mampan.

Pengembara yang berminat untuk mencari vila kolonial berwarna saffron dan kedai yang menawan tidak perlu mencari lagi untuk melawat Pondicherry, yang dikenali sebagai ibu negara Perancis India.

Disebut sebagai “Pondy” dan boleh dikunjungi dengan memandu kereta selama beberapa jam dari ibu kota negeri Chennai, masa terbaik untuk melawat bandar pantai ini ialah antara bulan November dan Februari untuk iklim sederhana.

Orang Malaysia yang pernah atau pertama kali ke Taiwan boleh menerokai Daxi dan Yujing kerana kedua-dua lokasi ini muncul dalam lebih banyak senarai kehendak tahun ini berbanding tahun lepas.

Daxi, sebuah bandar yang secara relatifnya kecil, menyaksikan peningkatan pelbagai tarikan bersejarah dan kulinari, menjadikan perjalanan sehari atau dua hari berbaloi jika anda mengunjungi ibu kotanya. Jika anda mahu pengalaman yang lebih terpencil, pergi ke Yujing dengan ladang mangga dan mata air panasnya. 

Berikut ialah empat destinasi Airbnb yang popular pada masa ini bagi 2019 bersama dengan beberapa penyenaraian untuk warga Malaysia menginap dan Pengalaman untuk dicuba:

Xiamen, China

Peningkatan tempahan sebanyak 283% tahun ke tahun

Sebuah bandar pelabuhan romantik yang dikelilingi begitu banyak pulau menduduki tempat kedua dalam senarai kami. Xiamen juga terkenal dengan Kulangsu, sebuah pulau bebas kenderaan, hanya untuk pejalan kaki di tepi pantai yang merupakan tempat yang ideal untuk pasangan-pasangan yang menyukai makanan laut tempatan. Jika anda mengembara sendirian,ketahui cara memanggang roti di studio pencuci mulut tempatan atau alami kehidupan malam seperti penduduk tempatan dengan mengunjungi beberapa pub bersama hos Cong.


Wilayah Wakayama, Jepun

Peningkatan tempahan sebanyak  128% tahun ke tahun

Kawasan sederhana yang berdekatan dengan Osaka ini dirujuk oleh sesetengah orang sebagai “tanah suci” Jepun dengan lebih ramai penduduk tempatan dan pengembara yang menjadikan 52 kuil dalam kawasan Buddha suci di Koyasan ini sebagai tempat penginapan sementara — suatu pengalaman yang merangkumi meditasi, perkhidmatan kuil, taman Buddha dan masakan vegetarian. Jika anda lebih suka bilik mandi terbuka, Sennin-buro di Kawayu adalah bilik mandi terbuka yang terbesar di negara ini. Dengan pasar ikan yang setanding dengan pasar ikan Tsukiji yang terkenal di Tokyo, anda akan dapat menyaksikan persembahan memotong tuna setiap hari dengan tuna terbesar yang ditemui di negara ini. Pergi ke kawasan ini dalam bulan Julai untuk Festival Api Nachi dan tiba lebih awal untuk menikmati pemandangan yang cantik — ia merupakan acara yang berusia 1,700 tahun dan dianggap salah satu perayaan yang paling suci di Jepun.


Pondicherry, India

Peningkatan carian sebanyak 140% tahun ke tahun

Dikenali sebagai ibu kota Perancis di India, di Pondicherry anda akan menemui vila kolonial berwarna saffron dan kedai-kedai yang menawan. Disebut sebagai “Pondy” dan boleh dikunjungi dengan memandu kereta selama beberapa jam dari ibu kota negeri Chennai, masa terbaik untuk melawat bandar pantai ini ialah antara bulan November dan Februari untuk iklim sederhana. Pengembara boleh menyelam skuba dan melihat segala-galanya daripada terumbu karang dan ikan pari kola, hinggalah jerung, ikan paus dan ikan lumba-lumba. Berminat untuk menyelami rohani anda? Pergi ke hutan paya bakau kedua terbesar di dunia, Pichavaram Mangrove Forest, atau Aurobindo Ashram, salah satu hutan paya bakau yang paling terkenal di negara ini, atau belajar seni tarian klasik Bharatnatyam daripada hos Ramya.


Taiwan

Peningkatan penyertaan senarai kehendak sebanyak 100% tahun ke tahun

Walaupun Taipei masih menjadi kegemaran pelancong dengan banyak pasar malam, daerah-daerah utara Daxi dan Yujing lebih banyak muncul dalam senarai kehendak pada tahun ini berbanding tahun lepas. Daxi, sebuah bandar yang secara relatifnya kecil, menyaksikan peningkatan pelbagai tarikan bersejarah dan kulinari, menjadikan perjalanan sehari atau dua hari berbaloi jika anda mengunjungi ibu kotanya. Jika anda mahu pengalaman yang lebih terpencil, pergi ke Yujing dengan ladang mangga dan mata air panasnya. Selain itu, bandar pantai tenggara Taitung menarik pencari harta karun purba dengan peninggalan yang diperoleh kembali daripada keranda batu Neolitik yang dikebumikan, dan pencari burung separuh masa di sepanjang banyak laluan tepian tasik.

Klik pautan ini untuk menyertai pengalaman perjalanan yang tulen dengan Pengalaman Airbnb: https://www.airbnb.com/s/experiences   

*Berdasarkan data dalaman Airbnb bagi tempahan yang dibuat untuk 2019 setakat Oktober 2018 berbanding tempahan yang dibuat untuk 2018 setakat Oktober 2017; carian dalam bulan Oktober – November 2018 berbanding Oktober – November 2017; dan penyertaan senarai kehendak dalam November 2018 berbanding November 2017.

Bilik Berita Airbnb disasarkan kepada para wartawan. Semua Kediaman dan Pengalaman yang dinyatakan di dalam Bilik Berita Airbnb bertujuan semata-mata untuk memberikan inspirasi dan ilustrasi. Airbnb tidak mengesyorkan atau menyokong penyenaraian Kediaman atau Pengalaman tertentu di platform Airbnb.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shuk & Jihan Muse Hos Program SENANG TERHIBUR

Sinopsis Filem HOLMES & WATSON