in , ,

Achik Ukays Menitis Air Mata Semasa Rakam Semula Lagu Raya Tahun 1995

Apabila tiba saja musim perayaan, lagu-lagu hari raya aidilfitri pasti sudah berkumandang di corong-corong radio, di siaran televisyen, mahupun di pusat membeli belah . Pelbagai jenis lagu raya yang akan diputarkan dari yang lama hingga kini .

Inilah juga yang di ambil peluang untuk penyanyi muda baru , Achik Ukays merakamkan semula lagu raya yang dicipta oleh composer Salman Shariff dan lirik ditulis oleh Khairul Anuar untuk aidilfitri tahun 2022 ini.  ‘

“Lagu ini versi asalnya berentak Melayu+Arabic dan telah dirakam untuk Amir (UK’s) di tahun 1995 yang bertajuk BERMAAFAN DI AIDILFITRI dan terus kekal sebagai salah sebuah lagu popular yang sinonim dengan sambutan Hariraya Aidilfitri pada setiap tahun,”

– Salman Shariff
Achik

“Namun untuk versi terbaru di tahun 2022 lagu ini digubah muziknya kepada rentak yang rancak serta moden dan dirakam untuk penyanyi baru Achik (Ukays) bertajuk BERMAAFAN DI HARI RAYA dengan tujuan agar lagu ini akan terus popular dan boleh disiarkan ketika sambutan Hariraya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha pada setiap tahun,”

– Salman Shariff

Perancangan awal untuk rakaman semula lagu raya ini adalah dari Salman Shariff , composer dan penerbit lagu ini sendiri . Kemudian dibawakan kepada tenaga produksi Luncai Emas untuk menerbitkannya dan memandangkan lagu asal ini oleh Amir ( UK’S), lalu ditawarkan kepada Achik (Ukays) . 

Achik (Ukays) sememangnya bergandingan dengan kumpulan Ukays untuk menggantikan vokalis kumpulan mereka menerusi lagu Ukays seperti Terseksa, I Love U I Miss U Raya dan Terpaksa Ku Lepaskan.

“Perasaan saya ketika ditawarkan untuk menyanyi semula lagu raya ni agak bagus lah untuk saya terus menonjol dan kembali aktif semula. Mungkin ada yang fikir saya tidak lagi aktif dalam industri.

Saya masih lagi berada dalam industri tanah air kita dan masih aktif membuat persembahan di luar bersama Ukays. 

– Salman Shariff
Achik

Achik mendedahkan dia hampir menitiskan air matanya ketika rakaman suara di Studio The Bengkel Artwork . ‘’Saya hampir menitiskan air mata kerana sebuah lagu yang ada kena mengena dengan saya yang sangat bermakna’’

Achik sebelum ini pernah muncul single sulungnya dibawah Luncai Emas berjudul Hanya Doa ciptaan Awang BPR dan I.Kay dengan nama pentas Achik Roslan.

Achik Roslan atau Achik Ukays

Achik berkata ‘’Perkembangan saya sekarang saya masih aktif lagi dalam industri . Saya masih aktif keluar show tour satu malaysia bersama Ukays dan anggota asal Ukays Ali , Well dan juga Tokjie . Saya juga masih lagi aktif di media sosial seperti instagram : achikroslan1 dan TikTok : Achikroslanofficiall. ‘’.

Lagu ini juga diterbitkan dalam versi instrumental alunan duet gitar dan flute. Selain lagu BERMAAFAN DI HARI RAYA , Salman Shariff juga adalah komposer dan penerbit bagi lagu hari raya lain iaitu CAHAYA AIDILFITRI (Ramlah Ram), SUASANA HARI RAYA (Zamani Slam), RINDU SYAHDU DI HARI RAYA(Nurul).

Lagu BERMAAFAN DI HARI RAYA ini bakal meriliskan video liriknya di saluran youtube Luncai Emas pada hujung ramadan April ini dan secara jualan digital di platform streaming dan itunes.

Semoga lagu BERMAAFAAN DI HARI RAYA ini mendapat sentuhan di hati peminat di seluruh Malaysia dan menarik perhatian generasi baru juga dalam kemeriahan kita menyambut kehadiran Aidilfitri pada tahun ini dalam suasana norma baharu hidup ini!

LUNCAI EMAS SDN BHD 

INFO PRODUKSI 

LAGU : BERMAAFAN DI HARI RAYA 

ARTIS : ACHIK UKAYS

LAGU / LIRIK : SALMAN SHARIFF / KHAIRUL ANUAR

HAKCIPTA : LUNCAI EMAS SDN BHD / UNIVERSAL MUSIC PUBLISHING

TERBITAN : LUNCAI EMAS SDN BHD

PENERBIT : SALMAN SHARIFF

LAGU / LIRIK : SALMAN SHARIFF / NUAR

VOKAL : ACHIK ROSLAN

FLUTE : MOHAR

KEYBOARD : BELL

GUITAR : SS

BASS : SS

PROGRAMMING : SS

STUDIO : THE BENGKEL AUDIOWERK

BERMAAFAN DI HARI RAYA 

Achik Ukays

BERMAAFAN KITA BERSAMA 

YANG SILAP KITA LUPAKAN

PERASAAN SAKIT DI HATI

JANGAN SIMPAN DI DALAM HATI

BERSYUKURLAH APA YANG DIKURNIA 

DISANA RAMAI KELAPARAN

SEDANG KITA BERSUKA RIA

BERGEMBIRA DI HARI RAYA HARI YANG MULIA

GEMBIRA BERSAMA JAMU SELERA

KETUPAT DAN RENDANG SEDIA TERHIDANG

KU POHONKAN AMPUN PADA SEMUA

SECEBIS KASIH YANG KAU BERI

TAK PERNAH KU TERLUPA SELAMANYA

KU RASA GEMBIRA KITA DAPAT SAMA DI HARI MULIA

KU RASA GEMBIRA KITA DAPAT SAMA BERSYUKURLAH

PADANYA YANG MAHA KUASA…

GEMBIRA BERSAMA JAMU SELERA

KETUPAT DAN RENDANG SEDIA TERHIDANG

KU POHON KAN AMPUN PADA SEMUA

SECEBIS KASIH YANG KAU BERI

TAK PERNAH KU TERLUPA SELAMANYA

BERMAAFAN KITA BERSAMA YANG SILAP KITA LUPAKAN

PERASAAN SAKIT DI HATI JANGAN SIMPAN DI DALAM HATI

BERMAAFAN DI HARI RAYA

BERMAAFAN DI HARI RAYA

Lagu : Salman Shariff

Lirik : Khairul Anuar

Hakcipta : Luncai Emas Sdn Bhd / Universal Music Publishing 

P2022 LUNCAI EMAS SDN BHD

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wah! Samsung Galaxy A73 5G & Galaxy A33 5G Telah Dilancarkan Hari Ini

tony fernandes airasia-2020

Fuh! Project Kavvai Perkenal Dua Idola Maya Baharu Sempena Tahun Kedua