Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah ketika ditemui berkata, dia dan rakan seperjuangannya, Fad Bocey sudah menyarankan kepada kedua-dua belah pihak supaya membincangkan konflik itu secara tertutup.
“Sedih apabila perkara ini berlaku. Saya dan Fad ada menghubungi kedua-dua belah pihak dan menyarankan agar perbincangan diadakan secara musyawarah.
“Kita ada hukum Islam yang boleh diikuti dan dengan itu, semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Namun, nampaknya saranan kami tidak diterima,”
– Achey
Tambah Achey yang juga anggota kumpulan Bocey, dia tidak mahu kemelut yang berlaku ini memberi kesan kepada anak arwah, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun dua bulan.
“Bukan apa. Kalau kemelut ini berterusan saya takut ia memberi kesan kepada Hamzah apabila dia sudah dewasa nanti.
“Tapi, saya dan Fad pun ada batasan kerana kami tak boleh terlalu masuk campur memandangkan kami bukanlah ahli keluarga,”
– Achey
Konflik timbul apabila Ali memfailkan saman balas terhadap Hidayah yang mengaku dia memindahkan wang dari akaun bank Abam sebanyak RM10,000 selain mengambil empat jam tangan milik arwah.
Achey ditemui di majlis sidang media filem TV (FTV) lakonannya berjudul Frontliner.
Sumber: Harian Metro