[dropcap]K[/dropcap]onsert penentuan Kumpulan A Bintang Mencari Bintang (BMB) yang telah berlangsung pada malam Ahad yang lalu (19 Mei 2013) menyaksikan 3 peserta tercorot, Kelawak (Raja Azura), Tocai (Senario) dan Big Too (Sabri Yunus) meninggalkan pentas BMB.
Dengan itu, BMB turut mengumumkan Achey (Harun Salim Bachik), Tapaw (Faizal Ismail) dan Bowl (Afdlin Shauki) melangkah ke pusingan seterusnya dan bakal bersaing dengan 3 peserta terbaik daripada Kumpulan B. Konsert BMB juga meraikan hari jadi sifu Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Faizal Ismail (19 Mei) dan juga Mazlan Senario (hari jadi Lan terjatuh pada 20 Mei).
Konsert Penentuan Kumpulan A telah menyingkirkan Kelawak (195.4 markah), Tocai (206.88) dan Big Too (214.42) manakala Achey (300.03), Tapaw (238.13) dan Bowl (215.14) melangkah ke pusingan ke-2 (separuh akhir). Juara untuk konsert ke-4 Kumpulan A merupakan Achey, anak didik kepada Harun Salim Bachik dengan 77.8 markah, markah keseluruhannya 300.03. Achey telah memenangi sebuah kamera Canon ixus 135
Big Too hanya ketinggalan 1 markah untuk mara ke pusingan seterusnya. Walaupun ketinggalan, semangat tinggi yang ditunjukkan oleh Kelawak, Tocai, Big Too dan Bowl dalam mempelbagaikan dan mewarnai persembahan menerima pujian daripada sifu masing-masing dan juga barisan juri professional.