in

Achey & Harun Salim Bachik Kembali Gamatkan Kintang Kintung

Program bual bicara popular, ‘Kintang Kintung’ kembali menemui penonton TV3 dengan pengisian yang lebih menarik! Pasti penonton tidak akan kering gusi menyaksikan telatah Achey dan sifunya, Harun Salim Bachik yang cukup selamba dalam menyampaikan mesej menerusi persembahan sketsa kepada para penonton. Menariknya, Kintang Kintung turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran bekas finalis program Bintang Mencari Bintang untuk setiap episod mingguan.

Kintang Kintung (3)

[pullquote align=”right”]Achey & Sifunya Harun Salim Bachik Kembali Ceriakan Malam Ahad Anda! Kintang Kintung Kini Bersiaran Pada Jam 9.00 Malam di TV3[/pullquote]

Program yang dirakam di studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam ini akan membincangkan satu topik masyarakat yang menyentuh etika dan cara hidup masyarakat Malaysia yang sebelum ini diambil secara mudah pada setiap episod. Istimewanya, program satu jam ini mempersembahkan 2 sketsa komedi dan tetamu yang diundang akan berkongsi pengalaman berkenaan topik yang dibincangkan. Antara topik yang akan diketengahkan oleh Achey dan Harun Salim Bachik bagi 13 episod ini termasuk ‘poligami’, ‘buli’, ‘pekerja asing’, ‘kahwin campur, ‘kepochi’, ‘bomoh’ dan banyak lagi.

Menurut Cik Sherina Nordin Pengurus Besar Kumpulan, TV3 & TV9, “Waktu siaran Kintang Kintung sudah diawalkan dari jam 11.00 malam kepada jam 9.00 malam kerana kami berpendapat waktu siaran baharu ini lebih sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Kekuatan program ini terletak pada keserasian Achey dan Harun Salim Bachik dalam mempersembahkan sketsa komedi yang menyentuh isu masyarakat. Lebih menarik, mereka juga akan bergandingan dengan artis-artis jemputan untuk menjayakan babak sketsa yang pasti mencuit hati. Selain itu, KINTANG KINTUNG merupakan platform terbaik bagi finalis Bintang Mencari Bintang seperti Bocik, Bowl, Ajo, Titan, Tapaw, Awok untuk terus mengasah bakat mereka dalam mencari tapak dalam industri hiburan tanah air.”

Episod kelima KINTANG KINTUNG yang akan bersiaran pada 15 Disember nanti telah memilih ‘poligami’ sebagai topik. Antara sketsa yang akan dipersembahkan oleh Bocik, Titan, Tapaw dan Ajo ialah ‘Menantuku Hantu’ dan ‘Ayahku Tinggalkan Wasiat’.

Episod seterusnya bakal mengetengahkan isu ‘buli’ dengan menampilkan Saiful Apek sebagai artis jemputan yang turut menjayakan tiga sketsa bersama bekas finalis Bintang Mencari Bintang.

Jadi, kepada penonton yang ingin menyaksikan telatah Achey & Harun Salim Bachik bersama-sama selebriti undangan, jangan lupa untuk menyaksikan ‘Kintang Kintung’ yang bersiaran bermula 15 Disember 2013 setiap hari Ahad, jam 9.00 malam – 10.00 malam hanya di TV3.

Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang KINTANG KINTUNG, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan ‘hash tag’ #kintangkintung untuk menghangatkan lagi bahang KINTANG KINTUNG.

Kintang Kintung (6)

Kintang Kintung (7)

Kintang Kintung (8)

Kintang Kintung (9)

Kintang Kintung (4)

Kintang Kintung (5)

Kintang Kintung (1)

Kintang Kintung (2)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lee Hom Meriahkan Pesta Muzik Planet EUPE 2014

Sinopsis Drama Bersiri Istidraj Cinta