Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku penyiar rasmi sukan Olimpik 2016 di Brazil akan menyiarkan Siaran Langsung Majlis Pembukaan Rasmi Sukan Olimpik Rio pada 6 Ogos 2016 (Sabtu) bermula pukul 6.15 pagi hingga 10.45 pagi menerusi saluran TV2.
Review Sukan Olimpik akan mula bersiaran pada 5 Ogos 2016 (Jumaat) di TV1 secara langsung mulai pukul 10.30 malam hingga 12.00 tengah malam. Siaran Langsung Sorotan Harian Sukan Olimpik Rio 2016 akan disiarkan setiap hari mulai 7 Ogos hingga 21 Ogos 2016, pukul 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari manakala siaran pada sebelah petang akan disiarkan mulai 7 Ogos hingga 20 Ogos 2016, pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang, kecuali pada hari Jumaat iaitu pukul 2.30 petang menerusi saluran TV1.
Siaran Langsung Laporan Harian Sukan Olimpik Rio 2016 akan disiarkan setiap hari mulai 7 Ogos hingga 21 Ogos 2016, pukul 7.00 hingga 8.00 malam, 10.30 malam hingga 12.00 tengah malam dan 1.00 pagi hingga 6.00 pagi di TV1.
Selain itu, TV1 juga akan menyiarkan Dokumentari Khas : Countdown To Rio sebanyak 30 episod, setiap hari, mulai 7 Julai hingga 5 Ogos 2016, pukul 1.30 petang.
TV2 membawa Live Daily Report dari 7 Ogos hingga 22 Ogos bermula pukul 5.55 pagi hingga 10.00 pagi. Manakala Live Highlight akan bersiaran pada pukul 5.00 hingga 6.00 petang setiap hari dan diikuti Live Daily Report pada pukul 1.00 pagi hingga 5.55 pagi.
TVi pula akan menyiarkan acara perlawanan sukan Olimpik secara langsung setiap hari bermula pukul 12.00 tengah malam hingga 7.00 pagi.
Lebih 2000 jam liputan terpilih akan disiarkan di saluran TV1, TV2 dan TVi serta 7 saluran streaming di RTM Mobile.
Sukan olimpik adalah sukan multisport paling berprestij di dunia. Bermula dengan 14 buah negara melibatkan 241 orang atlet pada tahun 1896, kini sukan Olimpik telah berkembang kepada penyertaan 206 negara serta 10,500 atlet. Di asia, sukan olimpik telah ditonton oleh lebih dari 4 billion orang penonton. RTM menjadi saluran olimpik sejak tahun 1972.
RTM sebagai penyiar rasmi sukan Olimpik 2016 tetap menjanjikan sorotan dan liputan terbaik kali ini dengan memperkenalkan barisan pengacara dan pengulas antaranya Azlan Mubin, Zachki Ahmad Suri, Rizal Sarbini, Fahrin Ahmad, Izwan, Rasdi, Halim Othman, Jasni Shafie, Abdullah Hashim, Wan Nazrul dan Ebeng menerusi versi Bahasa Melayu di TV1. Manakala bagi laporan dan sorotan harian versi Bahasa Inggeris menerusi saluran TV2 ialah Terrence Dass, Constantine Palawan, Adrian Seed, Ben Ibrahim dan tiga orang panyampai baharu Jeed Zilkifli (Juara Ikon Siarawan 2016), Doria Rachel Jolly (Ikon Siarawan) dan Frisca Freddy (Juara Ikon Siarawan).
Atlet Malaysia tidak terkecuali menyertai sukan Olimpik 2016 di Brazil. Seramai 32 orang atlet mewakili Malaysia yang layak dari 8 jenis acara sukan ke Olimpik 2016 iaitu acara sukan Badminton, terjun papan anjal, renang, pelayaran, menembak, angkat berat, golf dan berbasikal.
Acara penutupan sukan Olimpik Rio 2016 akan bersiaran secara langsung pada 22 Ogos 2016 di setiap saluran pukul 6.30 pagi. Semua acara ini akan bersiaran secara langsung dari Studio IBC, Angkasapuri Kuala Lumpur. Saksikan para atlet terbaik dunia berentap bagi merebut kejuaraan dalam sukan terulung dunia Olimpik Rio 2016 hanya di RTM.