in

Acara Muzik Terbesar di The Red Escape Hotlink

Peluang untuk menikmati pengalaman epik dalam muzik, budaya, perjalanan dan pembelajaran. Pelanggan Hotlink boleh menyertai peraduan ini melalui Hotlink RED App dengan memuat naik video atau gambar kreatif, memberitahu Pengalaman EPIK yang mereka ingini dan mengapa mereka perlu dipilih. Hotlink RED App memberikan pelanggan akses automatic kepada ganjaran #LiveLifeLoud sepanjang tahun termasuk jemputan VIP, diskaun dan keistimewaan gaya hidup, akses selebriti di belakang pentas serta pengalaman eksklusif lain.

Ingin menyaksikan Justin Timberlake, Queen atau Hardwell secara langsung? Sekarang anda boleh merealisasikan impian anda untuk menyaksikan idola anda beraksi secara LANGSUNG di luar negara dengan mengambil bahagian dalam Hotlink The Red Escape bagi peluang untuk menikmati perjalanan yang ditanggung sepenuhnya ke empat daripada pesta muzik terbaik dan terbesar di dunia.

The Red Escape

ALAMI ACARA-ACARA MUZIK YANG TERBESAR DI DUNIA DENGAN THE RED ESCAPE DARI HOTLINK

Dengan The Red Escape, pelanggan Hotlink akan mempunyai pilihan untuk menikmati EPIC @ UK dan EPIC @ Jepun, dan kedua-duanya akan mengambil tempat pada 16 & 17 Ogos. EPIC @ UK akan menampilkan nama-nama terbesar dalam industri muzik, termasuk Justin Timberlake, The Killers, Ed Sheeran dan Sam Smith, manakala EPIC @ Jepun akan menampilkan A Great Big World serta artis-artis popular K-pop seperti Mayday dan CN Blue. Tempoh peraduan bagi kedua-dua acara muzik ini bermula hari ini, 14 Julai hingga 29 Julai. Sementara itu, peminat muzik tarian elektronik boleh memilih untuk menghadiri EPIC DANCE @ Jepun pada 27 & 28 September, dan juga EPIC @ Jay Chou di Singapura pada 8 November dan Kuala Lumpur pada 21 November. Tempoh peraduan untuk kedua-dua acara ini akan bermula dari 1 Ogos hingga 14 Ogos.

Semua pelanggan Hotlink layak untuk menyertai peraduan The Red Escape melalui Hotlink RED App. Mereka hanya perlu mengikut langkah-langkah berikut:

Untuk peranti Android:
1) Muat naik video / gambar KREATIF dan beritahu kami PENGALAMAN EPIK pilihan anda dan mengapa ia adalah EPIK jika anda dapat pergi ke The Red Escape melalui Twitter / Instagram / YouTube
2) Hashtag video / gambar anda dengan #livelifeloud #TheREDescape
3) Lancarkan RED App pada peranti Android anda dan pergi ke Feedback. Hotlink RED App boleh dimuat turun di Google Play
4) Di bawah Feedback > LIVELIFELOUD, mulakan maklum balas anda dengan My Red Escape dan sertakan pautan (link) Twitter, Instagram atau YouTube anda
5) Anda boleh menghantar seberapa banyak video / gambar kreatif yang anda ingini

Untuk peranti bukan Android:
1) Muat naik video / gambar KREATIF dan beritahu kami PENGALAMAN EPIK pilihan anda dan mengapa ia adalah EPIK jika anda dapat pergi ke The Red Escape melalui Twitter / Instagram / YouTube
2) Hashtag video / gambar anda dengan #livelifeloud #TheREDescape
3) Pergi ke app.hotlink.com.my dan cari siaran acara The Red Escape
4) Ikuti link pada siaran tersebut ke ‘Contest Registration Page’ untuk mengisi butir-butir peribadi anda dan sertakan link Twitter, Instagram atau YouTube anda
5) Anda boleh menghantar seberapa banyak video / gambar kreatif yang anda ingini

Untuk memastikan pengalaman pemenang The Red Escape lebih unik dan sukar dilupakan, Hotlink akan memberi mereka ganjaran eksklusif. Sebagai contoh, pemenang peraduan EPIC @ UK juga akan menikmati lawatan khas ke Universal Music di UK. Pemenang lain juga akan mempunyai peluang untuk melawati Harajuku di Jepun, yang merupakan pusat belia dan fesyen.

“Dengan The Red Escape, setiap pelanggan Hotlink mempunyai peluang untuk benar-benar menang dengan besar. Mereka hanya perlu memuat turun Hotlink RED App, jika mereka masih belum berbuat demikian, dan mereka akan berpeluang untuk menikmati perjalanan yang tidak dapat dilupakan. Bukan seperti kempen lain yang pernah kami perkenalkan, The Red Escape, yang kami lancarkan melalui Hotlink RED App, bukan setakat menghantar para pemenang ke acara muzik atau konsert; kami memberikan mereka pengalaman epik dalam muzik, budaya, perjalanan dan pembelajaran. The Red Escape benar-benar melambangkan pengalaman #LiveLifeLoud, yang menawarkan pelanggan peluang untuk merealisasikan impian mereka dan menikmati pengalaman unik dan eksklusif,” kata Navin Manian, Ketua Prabayar, Perniagaan Pengguna Maxis.

Hotlink RED App, yang telah dilancarkan pada bulan Mei tahun ini, merupakan aplikasi layan diri yang terbaik dalam kelasnya yang direka untuk memperkaya dan memudahkan kehidupan pelanggan Hotlink, dan membolehkan mereka untuk mengambil kawalan penuh akaun prabayar mereka seperti memantau baki dan penggunaan data mereka, menambah nilai dan membeli perkhidmatan internet mudah alih untuk pengalaman pelanggan yang tiada tandingan.

Dengan memuat turun aplikasi ini, pelanggan Hotlink akan menikmati akses automatik kepada ganjaran #LiveLifeLoud sepanjang tahun, termasuk akses VIP ke selebriti kegemaran mereka, hadiah-hadiah eksklusif seperti barangan yang ditandatangani dan ganjaran harian, pengalaman epik ke festival muzik dan konsert serta peluang untuk mendekati personaliti-personaliti yang menginspirasikan. The Red Escape adalah salah satu daripada pelbagai inisiatif di bawah platform #LiveLifeLoud.

Pelanggan boleh memuat turun Hotlink RED App di Google Play. Untuk maklumat lanjut mengenai The Red Escape, sila lawati www.hotlink.com.my

MyAccount

Hamburger

Feedback

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Katy Perry’s Smash Hit Birthday Scientifically

Video #GilaBola Trending Jadi Siulan Piala Dunia 2014