in

Acara Amal Gunting Rambut Bertema Stylish 35 Meriah

RM 6161.45 BERJAYA DIKUMPUL DALAM MASA 9 JAM DI ACARA AMAL GUNTING RAMBUT BERTEMA “STYLISH 35”
HASIL YANG DIPEROLEHI AKAN DIDERMAKAN KEPADA PERSATUAN INSAN ISTIMEWA, CHERAS SELANGOR

Acara Amal Gunting Rambut “Stylish 35” yang diadakan pada 11 Mac 2012 untuk 9 jam dengan kerjasama 35 penggunting rambut dari salon-salon Sungei Wang Plaza telah berjaya mengumpul RM 6161.45.

Acara amal tersebut diadakan sempena ulang-tahun Sungei Wang Plaza yang ke-35 dan tanngungjawab korporat sosial untuk membantu golongan yang memerlukan. Acara amal itu telah diadakan di pentas Sungei Wang Plaza dengan derma minima RM 10 untuk setiap seorang pelanggan yang ingin memotong rambut.

Dengan tema “Stylish 35”, 35 penggunting rambut dari salon-salon Sungei Wang Plaza terlibat dalam acara amal ini. Mereka terdiri daripada rangkaian profesional, penggunting rambut senior, junior dan juga pelajar – pelajar dari akademi rambut yang mempunyai berbilang tahun pengalaman.

Acara Amal Gunting Rambut Bertema Stylish 35

Antara salon-salon dan akademi yang terlibat adalah Wenawave Salon, Kimarie Hair Salon, Kimarie Hair Academy, Dical Hair Beauty Salon, MIC Wing Professional Hair Salon, Hairway, Hair Zone Studio by Michael Poh, Hair Zone Academy, La Belle Unisex Hair & Beauty Centre, Incanto Hair Gallery, Snips, Snips College of Creative Arts, Da’ Styling, APT Hair & Make-up Salon, APT Hair Academy Sdn Bhd, JW Hair Salon, Miko Hair Studio & Academy dan Quick Cut.

Setiap satu salon ini telah menghantar beberapa wakil untuk mewakili salon mereka dalam penyumbangan acara amal ini.

Hasil yang diperolehi dari acara amal ini akan didermakan kepada Persatuan Insan Istimewa, Cheras Selangor. Persatuan ini merupakan institusi khas yang melindungi kanak-kanak terencat akal dari umur 3-28 tahun. Institusi ini mempunyai 25 kanak-kanak yang datang dari pelbagai lapisan hidup seperti ibu /bapa tunggal, didera dan dieskploitasi.

Mereka memerlukan sokongan wang untuk membeli bahan pembelajaran, yuran tusyen untuk pendidik kanak-kanak terencat akal dan barangan runcit untuk kegunaan harian. En Ten Yee Han yang merupakan penjaga institusi tersebut berasa sungguh bersyukur dan gembira untuk mempunyai sokongan Sungei Wang Plaza. “Wang yang diterima dari acara amal ini akan banyak membantu dalam membeli barangan kesihatan dan keperluan serta lawatan persiaran untuk kanak-kanak ini. Kanak-kanak ini mungkin “lain sikit daripada yang biasa” tetapi mereka juga mempunyai hak dan keistimewaan untuk disayangi oleh orang lain, kata Ten”.

Acara amal dimulakan dengan sesi foto dengan anak-anak dari Persatuan Insan Istimewa bersama para penggunting rambut dan kakitangan Sungei Wang Plaza diikuti dengan sesi gunting rambut untuk anak-anak. Mereka kemudiannya diberikan jamuan makan tenggahari di U-Cafe.

Para pembeli-belah yang termasuk pelancong tempatan dan antarabangsa kelihatan gembira dan beria-ria semasa menunggu giliran untuk memotong rambut. Sarah Jean, seorang pelancong Australia yang telah menderma dan menggunting rambutnya bersama anak perempuannya yang berusia 3 tahun berkata “ Ini merupakan acara amal yang paling menarik saya saksikan.

Para penggunting rambut telah melakukan kerja yang bagus. Saya amat suka stail rambut yang baru dan rasa anak saya juga teruja.”katanya. 35 penngunting rambut yang bertugas di atas pentas kelihatan aktif menggunting rambut dengan cepat tetapi profesional.

Mengikut En KK Lim yang merupakan Pengurus Kanan Bahagian Promosi dan Perhubungan Awam Sungei Wang Plaza, acara amal ini adalah menarik dan bermakna kerana 35 orang penggunting rambut dari Sungei Wang Plaza telah bersetuju untuk menyumbangkan masa dan tenaga mereka dalam acara ini. Tambahan pula, ini juga berikutan sambutan ulang tahun yang ke-35. “Acara amal ini telah berjaya menggumpulkan RM 6161.45 dalam masa 9 jam untuk Persatuan Insan Istimewa. Ini merupakan salah satu pencapaian yang bagus kerana wang ini akan membantu anak-anak dalm kehidupan harian mereka,” kata KK.

Acara amal ini bermula pada pukul 11pagi hingga 8malam di Ruang Legar Sungei Wang Plaza. Jumlah paling minimum untuk menderma adalah RM 10 setiap pelanggan. Para pelanggan dikehandaki beratur, menderma jumlah yang mereka ingin menderma dan naik ke atas pentas ke mana-mana penggunting rambut. Selepas memotong rambut, mereka boleh kemudiannya pergi ke “Styling Station” di mana mereka boleh menyikat atau menggayakan rambut mereka. Proses ini adalah mudah, cepat dan profesional di samping dapat menderma untuk tujuan amal.

Penaja utama untuk acara amal ini adalah APT Professional Team dan Loreal Professional.

Acara Amal Gunting Rambut Bertema Stylish 35

Acara Amal Gunting Rambut Bertema Stylish 35

Acara Amal Gunting Rambut Bertema Stylish 35

Acara Amal Gunting Rambut Bertema Stylish 35

Acara Amal Gunting Rambut Bertema Stylish 35

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis & Trailer Filem Hanya Aku Cinta Kau Seorang

Fuyooh Cuti Sekolah Di TV1