Banyak asam garam telah pun ditempuhi. Pendek kata, 22 tahun bergelar anak seni, macam-macam pengalaman jatuh bangun dalam industri hiburan tanah air yang telah dilalui oleh penyanyi, pelakon dan pengacara, Datuk AC Mizal atau nama sebenarnya nama sebenarnya Mizal Zaini.
[dropcap]T[/dropcap]iga kali melalui zaman kejatuhan dan kegemilangan membuat beliau hari ini cukup matang dalam berdepan apa jua keadaan dan tidak mudah melatah. Malah AC sendiri mengakui beliau lebih bersikap lebih terbuka.
“Saya dah tiga kali turun-naik. Satu, semasa zaman 4U2C. Kemudian ketika zaman Gerak Khas. Dan sekarang. Pengalaman-peNgalaman tu semua menjadikan saya kini lebih terbuka dan tidak mudah melatah. Macam dalam program Raja Lawak 7 lalu, ada perserta yang membuat lawak sambil mereka mengaitkan nama isteri saya, saya tak kisah. Malah saya bangga mereka sebut nama isteri saya.
“Tapi, asal kan jangan menelanjangkan saya. Jangan mengaibkan saya dan mengaibkan isteri saya. Lagipun ketika itu, itu saja persembahan yang paling awak masa tu. Sebelum ini pun Zizan dan Johan ada mengaitkan dalam lawak mereka dengan isu bisnes gelang saya dulu, saya tak kisah.”
Bukan membangga diri dengan statusnya sekarang, tetapi kata AC kejayaan hari ini adalah hasil usaha gigih dan tidak mudah putus asa. Kesusahan yang pernah dilaluinya, hari ini membuatkan beliau terpanggil untuk membantu artis-artis baru terutama yang sukar mendapat peluang tawaran. Menerusi syarikat produksinnya, MBI Movie Pictures Sdn Bhd, AC juga banyak menawarkan peluang kepada para peserta Raja Lawak 7.
“Saya pernah ‘duduk’ di situasi mereka. Saya pernah rasa susah dan ketika itu tiada siapa yang datang tolong saya. Sepanjang saya jadi ketua juri Raja Lawak 7, saya ada nasihatkan mereka. Saya kata, dunia artis ni senang cari duit tapi bukan senang nak dapat peluang. Jadi saya terpanggil untuk tolong mereka. Ada antara mereka yang saya ambil berlakon untuk produksi saya.” – Sumber: Malaysian Digest
Good luck Datuk, semoga terus sukses!