Dibawakan secara langsung dari Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) berjaya meraih 40% penonton dari jam 9.00 malam hingga 11.30 malam bersamaan dengan 5.3 juta penonton (sumber: Nielsen Audience Measurement).
Sememangnya kegemilangan Anugerah Bintang Popular Berita Harian merupakan sebuah acara yang ditunggu-tunggu oleh jutaan peminat untuk menjulang selebriti kegemaran masing-masing sebagai pemenang dalam kategori-kategori yang dipertandingkan. Bukan sahaja di kaca televisyen, ABPBH 2013 juga dipancarkan menerusi laman web rasmi (www abpbh.com.my) di mana penonton disajikan dengan siaran keseluruhan majlis anugerah serta kandungan eksklusif seperti acara Karpet Merah, Galeri, Video dan Di Sebalik Tabir.
[pullquote]Statistik di arena ‘atas talian’ (online) mencatatkan rekod memberangsangkan iaitu sebanyak 1.8 juta tontonan (termasuk tontonan global live streaming, ‘catch-up’ dan lawatan di laman rasmi ABPBH2013). Malaysia sebagai penyumbang utama kepada jumlah tontonan global live streaming diikuti negara-negara lain seperti Singapura, United Kingdom, Brunei, Australia dan Jepun.[/pullquote]
Manakala di laman sosial Twitter, kata kunci #ABPBH memperolehi campaian sebanyak 6.3 juta dan juga ‘trending’ dalam posisi nombor 2 di Malaysia. Kata kunci yang turut hangat perbualkan ialah Keith Foo, Felixia Yap, Mat Luthfi dan #ABPBH2013. Di laman sosial Instagram pula, lebih daripada 13,000 gambar telah dikongsi menggunakan kata kunci #ABPBH dan #ABPBHSELFIE.
Merancakkan lagi ABPBH 2013 tahun ini, ‘Tonton Music’ (www.tontonmusic.com.my), sebagai portal muzik rasmi menampilkan album rakaman langsung ABPBH 2013 serta susun lagu OST Drama, OST Filem, Pilihan ‘Pop Hits’ dan Pilihan Persembahan ABPBH. Lebih 6,000 streaming berjaya dicatatkan untuk semua susun lagu yang dinyatakan.
Tahun ini ABPBH memasuki tahun penganjuran yang ke 27. Tahun ini memperlihatkan antara penganjuran terbaik membawa konsep dan tema ”Magis Alam” yang membawa mesej mencintai alam sekitar. ABPBH2013 mempertandingkan 15 kategori utama dan 7 kategori online ABPBH 2013 dan dalam kegemilangan tersebut, majlis juga disambut secara sederhana demi menghormati dan mengingati kejadian MH370.
Bakat baharu yang dilahirkan daripada program realiti TV3, Bintang Mencari Bintang iaitu Achey telah diangkat sebagai Artis Baru Lelaki Popular. Manakala Fara Fauzana, penyampai radio HOT FM dan juga pengacara Nona TV3 telah dinobatkan sebagai Penyampai Radio Wanita Popular. Lebih mengujakan, pasangan hos Fara Fauzana dalam program Nona iaitu Neelofa turut memenangi kategori Pengacara TV Wanita Popular.
Azlee Khairi dan Zara Zya yang mencipta fenomena luar biasa menerusi drama bersiri TV3, ”Love You Mr. Arrogant” juga terpilih oleh peminat sebagai Gandingan Serasi Di Layar dalam kategori online ABPBH 2013. Zara Zya turut membawa pulang trofi Artis Baru Wanita Popular. Shah Iskandar yang popular dengan watak Ryzal dalam drama bersiri ’Teduhan Kasih’ pula memenangi kategori Pelakon TV Lelaki Popular. Tidak ketinggalan juga Siti Saleha yang mencipta nama melalui drama bersiri, ’Nora Elena’, ’Ruby’ & ’Asmara Luna’ telah memenangi kategori Pelakon TV Wanita Popular & Pelakon Filem Wanita Popular.
Suasana PICC digamatkan dengan persembahan mantap daripada artis-artis hebat tanah air. Di mulakan dengan persembahan pembukaan memukau oleh Mawi dan Dato’ MC Mizal disusuli dengan Hyper Act, Dayang Nurfaizah serta kemunculan kembali Liza Hanim, Zainal Abidin dan Nora mendendangkan lagu penuh nostalgia.
Selain itu, siaran langsung acara Red Carpet yang dihoskan oleh yang disiarkan menerusi program Hip TV di TV9 turut mencatat tontonan tinggi dengan lebih 700,000 penonton! Sesiapa yang ingin menyaksikan lagi acara ABPBH 2013, mereka masih boleh menontonnya di laman web, www.tonton.com.my