Selepas genap seminggu bersalin, Neelofa dan suami, Muhammad Haris Mohd. Ismail sepakat memilih nama Abdullah Abbas buat putera kedua mereka.
Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor berkata, nama tersebut dipilih selepas merujuk hadis baginda Rasulullah SAW.
“Seperti mana lahirnya Muhammad Bilal, perasaan hiba dan sayang buat Abdullah Abbas juga terjalin.
“Nama putera kesayangan kedua kami adalah Abdullah Abbas.
“Nama yang paling disukai Allah antaranya ialah Abdullah, maka permulaan namanya (anak kedua) adalah Abdullah”
“Manakala Abbas pula, nabi sendiri pernah doakan,” katanya yang berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Neelofa berharap putera keduanya itu dapat menyebarkan dakwah ke seluruh alam.
“Bahagia seorang ayah dan ibu atas kurniaan ini hanya Allah yang tahu,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.’
Personaliti popular itu melahirkan anak keduanya di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada 11 Julai lalu. Rumah tangga PU Riz dan Neelofa yang dibina pada 27 Mac 2021 sebelum ini diserikan dengan kehadiran Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.