Kisah Supermodel di 8TV
Jika anda merupakan peminat setia rancangan realiti America’s Next Top Model dan supermodel lagenda Janice Dickinson, ini merupakan peluang keemasan bagi anda kerana 8TV membawakan kepada anda sebuah lagi rancangan realiti supermodel, Abbey dan Janice: Beauty and the Best. Rancangan realiti yang mendapat rating tinggi di Amerika Syarikat ini disiarkan pada setiap hari Sabtu, jam 11.00 malam eksklusif di 8TV.
“Rancangan Abbey and Janice: Beauty And The Best ini bukanlah sama seperti rancangan realiti terkenal, America’s Next Top Model yang lebih kepada mencari model hebat tetapi lebih kepada menceritakan tentang kehidupan seorang model dalam dunia sebenar,” menurut Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Penjenamaan di 8TV.
Â
Program realiti ini menekankan kepada kehidupan Abbey Clancy sebagai supermodel baru dan cabaran yang perlu dilaluinya dalam industri fesyen. Penonton juga berpeluang menyaksikan latar belakang industri fesyen yang penuh dengan tekanan dan persaingan. Sebuah episod ‘wajib tonton’ dalam rancangan ini ialah apabila Janice hilang sabar kerana Abbey gagal memberikan aksi menarik semasa sesi fotografi professional pertamanya,” tambah Airin.
Abbey Clancy yang merupakan seorang finalis berusia 21 tahun dari England dalam Britain’s Next Top Supermodel akan diberikan hanya 6 minggu untuk mengukir namanya dalam dunia model Stateside. Bekas anggota kumpulan Genie Queen ini pernah merasai dunia kemasyuran apabila kumpulannya pernah menjelajah bersama boy band terkenal, Blue untuk konsert mereka.
Abbey kemudiannya membuat keputusan untuk menjadi seorang model apabila kumpulannya gagal mendapatkan kontrak rakaman album. Nasibnya baik apabila juri America’s Next Top Model dan supermodel terkenal Janice Dickinson tertarik kepada bakat Abbey.
Janice Dickinson yang pernah menjadi supermodel hebat yang telah menghias sebanyak 37 muka depan majalah Vogue akan menjadi mentor Abbey dan akan mengharungi segala cabaran bersamanya untuk menaikkan nama Abbey dalam industri model di Stateside.
Tetapi untuk dibandingkan dengan komen tegas yang diberikan oleh Janice Dickinson, Abbey terpaksa melalui 6 minggu yang penuh dengan sesi fotografi untuk membiasakan dirinya dan mimpi ngerinya bermula apabila terpaksa menyelam bersama ikan jerung dalam akuarium air sejuk yang dalam.
Adakah Abbey akan berjaya mengukir namanya di Stateside? Mampukah Abbey melalui minggu pertama bersama Janice dan kritikan-kritikan tegasnya?
Untuk mengetahui kisah Abbey sebagai model, tonton 8TV dan saksikan Abbey and Janice: Beauty And The Best pada setiap hari Sabtu, jam 11 malam atau secara alternative di saluran 708, Astro.
[tags]America’s Next Top Model, reality tv, supermodel naked, benazir bhutto assasined, gambar benazir bhutto killed, benazir bhutto photo, death, janice dickinson, naked nude, sexy style, supermodel scandal, Abbey dan Janice, Beauty and the Best, Airin Zainul, Abbey Clancy, Genie Queen, Stateside[/tags]