Keputusan cemerlang yang diterima terus dikongsikan kepada idolanya iaitu Abang Jejak Rasul, Fedtri Yahya. Terharu dan gembira dengan kejayaan Easwaran, seorang pelajar berbangsa India yang meminati Bahasa Melayu dan berkaitan agama, Fedtri terus kongsikannya menerusi laman sosialnya dan mendapat lebih dari 20 ribu likes dan 700 komen positif.
Bagi adik Easwaran, situasi sekarang iaitu dengan PKP dan belajar menerusi maya bukan alasan untuk tidak mengulangkaji pelajaran. Malahan membuatkan beliau lebih fokus dan mencari alternatif lain untuk persediaan menghadapi peperiksaan SPM 2020. Bukan mudah, ia cabaran yang perlu dirintangi dan bersyukur kerana Abang Jejak Rasul banyak membantunya memahami pelajaran yang diambil. Apatah lagi Jejak Rasul banyak memberi inspirasi kepada jawapan dalam Tasawwur tambahan pula dengan program lain seperti Halaqah dan Tanyalah Ustaz. Beliau amat berterima kasih dengan program-program tersebut yang banyak membantu beliau sepanjang Tingkatan 5 lalu.
Untuk dikongsi bersama, “TANYALAH USTAZ ISTIMEWA: DOA UNTUK MALAYSIA” akan bersiaran di TV3 dan TV9 bermula esok, 15 Jun hingga 21 Jun 2021, pukul 6.30 pagi. Ia akan dimulakan dengan bacaan Yasin secara langsung selama 30 minit. Selesai bacaan Yasin, panelis akan Tadabbur atau mengupas kisah pengajaran ayat-ayat di dalam surah Yasin.
Teruskan bersama kami di TV3 dan TV9 untuk program – program ilmiah dan dokumentari menarik!
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3 dan TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia @TV9Malaysia.