Menerusi hantaran di laman Instagram nya, Fedtri berkata abangnya yang dikenali sebagai Zahari meninggal dunia dipercayai akibat wabak COVID-19.
“Dengan berat hati saya ingin memaklumkan abang saya, Zahari, telah kembali ke rahmatullah baru sebentar tadi setelah berjuang dengan #covid19,”
– Ahmad Fedtri Yahya
Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan selebriti seperti Haiza, Liza Hanim, Sharifah Zarina mengucapkan salam takziah serta menitipkan doa buat Allahyarham.
“Innalillahiwainnailaihirrojiun… takziah Fed, semoga ditempatkan dikalangan mereka yang dikasihiNya,”
– Liza Hanim
Terdahulu, Fedtri memaklumkan bapanya yang berusia 72 tahun terpaksa menjalani rawatan di hospital selepas disahkan positif Covid-19.
Malah keluarga abangnya turut menerima nasib serupa apabila kesemuanya disahkan positif Covid-19. Salam takziah. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat semua yang telah pergi meninggalkan kita. Semoga mereka semua ditempatkan di kalangan orang yang beriman.