Menjanjikan pengakhiran plot kisah sukar untuk diduga, filem arahan Ahmad Idham yang menemui penonton tahun 2014 ini turut mengetengahkan lakonan mantap Khir Rahman, Mia Sara Nasuha dan Eizlan Yusof.
Usah ketinggalan menyaksikan filem ini pada 7 Oktober ini, pukul 9.30 malam di TV2 yang berkisar tentang pasangan suami isteri bekerjaya dan cukup berjaya dalam hidup mereka, namun semuanya berubah apabila anak tunggal kesayangan mereka hilang.
Watak utama adalah Aaron yang berlakon sebagai Harri dan Fazura selaku Izza. Manakala Luna memegang watak Marylia.
‘Tembus’ mengisahkan tentang Hari (Aaron Aziz), seorang lelaki yang memegang tanggungjawab besar dalam mengotakan janji demi melihat keluarganya dilimpahi dengan kemewahan dengan mengizinkan Izza (Fazura) menguruskan syarikat.
Detik cemas bermula apabila anak mereka Zara (Mia Sara) diculik dan penculikan itu telah membongkar sedikit sebanyak konflik dalaman yang selama ini dirahsiakan oleh Hari.
Adakah Zara akan ditemui selamat atau menjadi mangsa keadaan kerana kisah silam bapanya? Mampukan Izza dan Hari menembusi benteng yang mereka bina atau menerima berita buruk akibat ketidakjujuran Hari?
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.