in

Aaron Aziz Duta Jurucakap Produk Kesihatan Nu-Prep

Pada hari Sabtu lalu, Budiey ada dengar Aaron Aziz telah dilantik secara sah menjadi duta produk kesihatan berasaskan herba tongkat ali, Nu-Prep iaitu Nu-Prep Physta Tongkat Ali. Acara ini yang turut dihadiri Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Biotropics, Tengku Shahir Tengku Adnan ini berlangsung serentak dengan pelancaran produk ini anjuran Biotropics Malaysia Berhad (BMB) di Asmara Penchala, Sungai Penchala.

Aaron Aziz Duta Jurucakap Produk Kesihatan Nu-Prep

[dropcap]S[/dropcap]emasa sesi soal jawab media, Aaron Aziz diminta mengulas tentang kekerapan wajahnya muncul di televisyen, filem dan iklan. Pelakon berasal daripada Singapura ini menjadi jurucakap kepada empat produk selain Nu-Prep iaitu Drive7, Uberman, L’oreal dan debit kad Maybank Berhad.

Entri ini bukannya iklan, advertorial dan Budiey tak dibayar sesen pun untuk entri produk ini, jauh sekali Budiey tak dijemput pun untuk menghadiri majlis pelancaran ini. Namun, ini tanda sokongan Budiey dengan selebriti pujaan ramai ini. Apa-apa pun, Tahniah dari Budiey.com.

Aaron Aziz Duta Jurucakap Produk Kesihatan Nu-Prep

Sebab Mengapa Aaron Mahu Jadi Duta Produk Tongkat Ali?

Aaron mengakui tidak ambil kisah dengan pandangan terhadap nilai eksklusif keatas dirinya kerana kerap muncul di drama, filem mahupun iklan komersial. Beliau menganggap tawaran yang datang adalah rezeki dan tidak boleh dipersiakan, namun dia masih memilih produk yang benar-benar terbaik buat dirinya.

“Saya tak pernah peduli tentang nilai eksklusif sebab bagi saya itu adalah hak dan pendangan masing-masing meletakkan nilai itu kepada seseorang artis. Bagi saya itu semua adalah rezeki dan apa yang penting ia mendapat maklum balas yang baik daripada orang ramai.”

Tambah Aaron, dia akan membuat kajian terlebih dahulu sebelum menerima sebarang tawaran produk terutamanya berkaitan kesihatan.

“Sebelum saya terima sesuatu produk, saya akan buat kajian terhadap latar belakang syarikat itu terlebih dahulu sama ada kukuh atau tidak. Kebiasaannya saya lebih senang dengan produk yang sudah ada di pasaran kerana lebih mudah untuk dicuba berbanding produk baru.”

Ketua Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BMB Tengku Shahrir Tengku Adnan berkata, Physta Tongkat Ali adalah bahan jenama syarikat itu sendiri.

“Pengguna perlu sedar banyak produk tongkat ali menggunakan teknologi berbeza. Kami menerima banyak pengiktirafan dari luar negara termasuk Pentadbiran Ubat dan Makanan Amerika Syarikat (USFDA) tapi kurang mendapat perhatian di pasaran tempatan kerana ia hanya dikaitkan dengan tenaga batin lelaki.”

Sementara itu, bercerita tentang produk Nu-Prep, Aaron berkata, dia sudah menggunakan produk tersebut sejak sebulan lalu dan terbukti berkesan dan memberi tenaga yang lebih menyeluruh.

“Bagi produk Nu-Prep ini ketika mereka menawarkan untuk menjadi jurucakap, saya pergi ke kedai dan tanya pendapat orang ramai yang pernah mencubanya. Maklum balas sangat baik dan produk ini merupakan produk yang popular dan dicari.”

Aaron Aziz katanya sudah mengambil produk itu hampir sebulan dan kesannya amat ketara. Badan bertambah sihat dan cergas! Kepada anda yang nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi:  1-800-22-2012.

Tahniah Aaron Aziz di atas perlantikan ini. Semoga terus sukses lagi dan lagi!

Aaron Aziz Duta Jurucakap Produk Kesihatan Nu-Prep

Aaron Aziz Duta Jurucakap Produk Kesihatan Nu-Prep

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Liyana Fizi Bertunang Dengan Bekas Kekasih?

Pemenang K-Pop Star Hunt Season 3 Wakil Malaysia