in ,

Aaron Aziz Dibayar Enam Angka Untuk Duta Minyak Wangi Uberman

Tiada siapa pun yang dapat nafikan, aura Aaron Aziz masih kuat ketika ini. Impak dari kariernya yang makin membangun pesat menjangkau tingginya KLCC, Aaron Aziz semakin melonjak. Lantaran itu, ramai Pak Nujum meramalkan Aaron Aziz sekali lagi bakal menggondol anugerah Bintang Paling Popular dalam ABP pada bulan April ini.

Bila dah ada pakej, wajah kacak, badan tegap, karier dan personaliti pun mantap, maka banyaklah syarikat duk usha Aaron Aziz untuk dijadikan duta. Terbaru, baru-baru ini, Aaron Aziz dilantik secara rasminya menjadi duta produk wangian terbaru Uberman – The Attitude. Wah! Tahniah Aaron Aziz.

Ada 3 rangkaian wangian Uberman terbaru iaitu Pozzes, Indulge dan Attrax. Budiey belum lagi tau lagi minyak wangi ni baunya macamana. Wangi ke tidak, nantilah, Budiey akan cuba dekat pasaraya Giant kat depan rumah Budiey ni.

Aaron Aziz

[dropcap]J[/dropcap]adi, sekarang ni, pastinya peminat Aaron iaitu Aaronators akan pakai minyak wangi Uberman kan? Tak gitu Aaronators. Tak nafikan juga, kalau ikutkan perolehan dan prestasi, Aaron Aziz akan jadi artis paling kaya di Malaysia suatu hari nanti.


Cakap pasal Aaronators ni, Budiey percaya sekarang ni semua peminat dah bermati-matian mengundi artis pujaan mereka dalam ABPBH. Ada sesetengah dari mereka dengarnya ada yang sanggup membeli akhbar Berita Harian yang dah expired dengan harga yang lebih murah untuk memangkah selebriti pujaan. Selain mahu dapat menang kereta yang mewah tu, peminat juga boleh membantu artis kegemaran bagi mendapat tempat dalam anugerah yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil nanti. Budiey ucapkan good luck kepada anda semua ya!

Beberapa minggu sebelum pelancaran, Budiey ada dengar gosip mengatakan Aaron Aziz dibayar dengan harga yang tinggi untuk jadi duta produk wangian untuk jenama Uber-Men ni. Untuk dapatkan wajah maskulin Aaron Aziz, dengarnya Uberman terpaksa bayar lebih enam angka! Mungkin 200,000 atau 300,000. Tapi kalau 100,000 murah sangat tu, dik non! Paling tak pun dalam RM500,000! Pergh setengah juta tu…!

[pullquote]Kalau sudah namanya popular, goyang-goyang minyak wangi saja terus wangi poket untuk setahun! Itulah rezeki namanya. Rezeki manusia ni memang kita tak tahu.[/pullquote]

Bak kata Uberman, Aaron Aziz bukan sahaja kacak tapi ada style la. Pemilihan Aaron sebagai duta wangian ini tentunya bersesuaian dengan imej dan karisma yang dimiliki oleh pelakon drama bersiri, Adam & Hawa selain mempunyai peminat daripada segenap lapisan masyarakat.

Selain Ubermen, Aaron juga merupakan duta kepada beberapa produl lain seperti Loreal, Drive M7 dan YourGurt.

Kat bawah ini, beberapa gambar Aaron Aziz semasa pelancaran produk terbaru Uberman di Vertigo Club.

Aaron Aziz Uberman

Aaron Aziz Uberman

Aaron Aziz Uberman

Aaron Aziz Uberman

Aaron Aziz Uberman

Aaron Aziz

Aaron Aziz

Aaron Aziz

Aaron Aziz

Aaron Aziz

Aaron Aziz

Aaron Aziz Uberman

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Juvana Berjaya Kutip 1.7 Juta Dalam Empat Hari Tayangan

Galaxy Wonderland Dokumentari Kembara Muzik Video Yuna