Bukan semua saat dilalui seseorang selebriti itu glamor dan mencuri tumpuan, namun antara kelebihannya ialah mendapat peluang sampai ke merata ceruk rantau, sama ada untuk maksud kerja mahupun santai. Bagi Aaron Aziz, bintang yang memenangi anugerah kerana lakonan hebat dalam KL Gangster 2 baru-baru ini, mendedahkan bahawa setelah bertahun-tahun mengembara ke seluruh pelosok dunia, beliau telah jatuh cinta kepada bandaraya yang hebat pemandangannya lagi meriah suasana iaitu Hong Kong.
[pullquote align=”right”]Aaron Aziz Dedah Saat Indah Hong Kong Dalam Travelog Online Peribadinya[/pullquote]
Setelah acap kali melawat Bandaraya Dunia Asia itu, hasratnya untuk merakam dan berkongsi pengalaman berharga dengan para peminatnya, telah mengilhamkan beliau menghasilkan siri produksi travelog online terbitan Aaron Aziz Productions. Kesemua siri produksi adalah arahan Aaron Aziz sendiri serta difilemkan di Hong Kong, Siri travelog online itu kini boleh ditonton untuk manfaat para peminat dan pelancong di laman rasmi Aaron di YouTube: http://www.youtube.com/user/aaronmustaphaaziz.. Tayangan online siri travelog itu berjumlah 12 episod, dengan 2-3 episod dimuat naik setiap minggu.
Pelakon yang serba merendah diri itu mendedahkan kepada umum tentang pemandangan dan tempat kunjungan kegemaran di Hong Kong seperti The Peak, Harbour City, Sweet Classroom Café, dan banyak lagi. Penonton dibawa meninjau tempat-tempat kunjungan beliau membeli- belah serta menjamu selera sajian halal Hong Kong. Keterujaan beliau tentang bandaraya metropolis yang serba indah, meriah lagi rancak ini dihidangkan dalam produksi seminit setiap satu siri travelog mengenai Hong Kong.
Produksi ini hanyalah permulaan mengenai jalinan hubungan ‘cinta’ antara pelakon popular ini dengan Hong Kong, ada banyak lagi bakal menyusul untuk didedahkan. Para peminat bakal dihidangkan dengan pelbagai episod-mini mengenai travelog Aaron Aziz di Hong Kong di laman rasminya di YouTube serta lain-lain pengalaman hebat yang dilalui beliau ketika ‘bercumbuan’ dengan Bandaraya Dunia Asia itu.