Wow… walaupun tidaklah mendapat sambutan di negara sendiri, namun drama bersiri A TIME FOR US telah berjaya memasuki pencalonan dalam International Emmy Awards yang ke-37 yang berlangsung di New York City pada 23 November lalu!
Sudah tentu berita kegembiraan ini dikongsi bersama dengan para pelakon Malaysia yang membintangi asiannovela A TIME FOR US (KAHIT ISANG SAGLIT) iaitu Carmen Soo, Awal Ashaari, Louisa Chong, Soosan Hoh dan Zayanah Ibrahim.Â
Untuk pengetahuan pembaca semua, drama ini telah ditayangkan di TV2 pada bulan Mac 2009. Sayang seribu kali sayang, drama ini ditayangkan pada waktu tengahari, jadi tak ramai yang berpeluang untuk menonton.Â
Ia adalah co-production ABS-CBN, Filipina dan Double Vision, Malaysia yang dibintangi Jericho Rosales dan Carmen Soo disamping Louisa Chong, Soosan Hoh, Awal Ashari Zayanah Ibrahim dan beberapa pelakon ternama Filipina.
Di Filipina ia ditayangkan bermula pada 15 September 2008 hingga 12 Disember 2008.
Walaupun tidak berjaya seluruh produksi Filipina dan Malaysia boleh berbangga kerana berjaya sampai ke tahap setanding dengan produksi Brazil dan France.
Apa yang membanggakan Carmen Soo sebagai anak Malaysia berjaya menjejakkan kaki ke majlis yang berprestij ini.Â
Carmen akan balik pada hari Khamis waktu NYC tapi akan ke Filipina untuk menghadiri PMPC Star Award for TV pada 29 November 2009 dimana dia dicalonkan bagi kategori BEST NEW FEMALE TV PERSONALITY.