in , ,

A Quiet Place di Bukit Bintang Perkenal Konsep Terbaharu Untuk Berkaraoke

Memanggil semua pencinta muzik untuk menyanyi dan bersuka ria

Bukan seperti tempat sunyi biasa, A Quiet Place mengalu-alukan kedatangan pencinta muzik dan peminat karaoke untuk menyanyi sepuas hati, menganjurkan parti atau berhibur dengan nyanyian sahabat handai. Merupakan lokasi hiburan sehenti, A Quiet Place menawarkan tiga konsep di bawah satu bumbung dan dilihat bakal menjadi tempat bersantai terbaharu untuk keseronokan karaoke yang sebenar.

AQP - Reception Area (2)

Dibuka di tengah Bukit Bintang, A Quiet Place merupakan kedai utama (flagship store) bagi Loud Speaker 2.0, Mini Studio dan GeTai yang berkeluasan 17,000 kaki persegi dengan setiap satu konsep yang bakal menarik minat golongan pelanggannya tersendiri. Loud Speaker 2.0 ialah cawangan premium pertama yang dilancarkan sejak pembukaan 11 cawangan Loud Speaker yang tersedia ada. 

Mini Studio dan GeTai merupakan konsep karaoke baharu yang asalnya  bermula di Johor Bahru (JB) dan kini diperkenalkan di Kuala Lumpur. Mini Studio dan GeTai di cawangan utama A Quiet Place juga diberikan rupa dan gaya yang berbeza berbanding cawangan terawalnya di JB.

AQP - Reception Area (4)

“Ini adalah merupakan pencapaian penting buat kami untuk membawa kesemua 3 jenama kami di bawah satu bumbung, terutamanya selepas dua tahun yang mencabar menempuhi pandemik. A Quiet Place bukan hanya sekadar pusat hiburan karaoke, ia juga adalah tanda komitmen kami untuk memberikan pengalaman yang unik dan terbaik kepada pelanggan. Dari Mini Studio yang dilengkapi dengan pengalaman studio peribadi, bilik dengan ruang yang luas di Loud Speaker 2.0 untuk menikmati bersama keluarga dan rakan-rakan, hingga ke pengalaman menyanyi di atas pentas seperti seorang artis, A Quiet Place menawarkan segala pengalaman unik dengan cara yang tersendiri”, kata Damien Soh, Pengasas & Pengerusi Kumpulan Ottotree.

GeTai (1)

Sebaik sahaja pelanggan melangkah masuk ke A Quiet Place, mereka disambut dengan konsep 70-an bermotifkan retro glam anggun dan mewah, memberikan rasa selesa dengan penampilan kontemporari-minimalis bersiling tinggi dan cahaya semula jadi dari pintu serta tingkap gelas. Pelanggan karaoke kemudiannya akan terus ke kawasan hiburan yang dipilih dimana setiap daripadanya mempamerkan hiasan dalaman yang tersendiri.

Di A Quiet Place, pelanggan boleh memilih lagu menggunakan telefon bimbit mereka secara ‘on demand’ melalui aplikasi web.  Terdapat lebih 300,000 pilihan lagu dalam pelbagai genre untuk pelanggan mencari lagu karaoke kegemaran mereka.

GeTai (2)

Sementara itu, sistem audio tercanggih oleh JBL dan skrin luas berdefinisi tinggi boleh didapati di Loud Speaker 2.0 dan GeTai untuk memastikan pelanggan dapat menikmati hanya yang terbaik.

Pelanggan di Loud Speaker 2.0 dan GeTai juga boleh memesan minuman sihat kombucha oleh Myboocha atau menikmati minuman tanpa alkohol yang boleh diisi semula dari bar minuman, sambil menikmati bertih jagung. Penggemar alkohol pula akan menyukai pilihan wain organik dan koktel yang disediakan; dipilih oleh pelayan wain di sana.

Penggemar karaoke boleh memilih antara tiga konsep di satu tempat yang mudah dan selesa untuk bersantai dan menyanyi sepuas hati.

Loud Speaker 2.0 - Cabaret (1)

Loud Speaker 2.0

Suasana Loud Speaker 2.0 yang berkelas dan ranggi akan membuatkan pelanggan berasa teruja untuk memulakan persembahan  konsert mini mereka sendiri. Sesuai untuk mereka yang mencari pengalaman karaoke premium, bilik Loud Speaker 2.0 memberikan keselesaan dan ruang privasi; menjadikan cawangan Bukit Bintang ini lebih menarik daripada cawangan Loud Speaker sedia ada.

Loud Speaker 2.0 - Festival (1)

Efek pencahayaan yang mengikut rentak muzik di semua bilik Loud Speaker 2.0, menjadikan suasana nyanyian lebih bertenaga dan mengujakan buat penyanyi. Selain itu, sesi karaoke pastinya lebih memuaskan dengan penampilan skrin visual besar yang memberikan pelanggan pengalaman imersif dan hanya boleh didapati di Bilik Opera (VIP) dan Bilik Festival (VVIP). Bagi mereka yang gemar berparti, Bilik Party (VVIP) boleh memuatkan sehingga 40 orang dan sesuai untuk acara peribadi atau korporat.

Loud Speaker 2.0 - Opera (1)

Terdapat 5 jenis bilik berkeluasan dari 100 kaki persegi sehingga 800 kaki persegi dengan 5 jenis bilik; Audition (kecil), Cabaret (Sederhana), Symphony (Besar), Opera dan Festival; membuatkan jumlah keseluruhan 33 bilik termasuk 7 bilik Opera dan 1 bilik Festival.

Loud Speaker 2.0 - Opera (2)

Harga tempahan bermula dari RM 40 sejam dan disertakan dengan minuman tanpa alkohol yang boleh diisi semula. Para pelanggan boleh menikmati promosi “beli 2 percuma 1 jam”. Tambahan lagi, ahli Jom K Kakee Loud Speaker dapat menebus ganjaran naik taraf bilik secara percuma. Promosi ini tertakluk kepada kekosongan bilik dan sah dari 22 Feb hingga 31 Mac 2023.

Mini Studio

Berita untuk penyanyi yang baru berjinak-jinak dalam dunia muzik dan anak seni umumnya. Mini Studio menawarkan pengalaman studio sebenar untuk menyanyi seperti seorang artis rakaman. Ia juga merupakan tempat yang sesuai untuk sesiapa sahaja yang mencari hiburan karaoke yang tidak memakan masa at baik au kerseronokkan buat seketika, dengan harga yang bermula dengan hanya RM10 untuk 30 minit. Ia adalah idea yang menarik untuk luangkan waktu makan tengahari. 

Mini Studio - Choir (1)

Pertama kali dibuka di Pusat Beli-belah Toppen, Johor Bahru, jenama tersebut kini membuka pintunya buat komuniti Lembah Klang untuk mencuba pengalaman unik ini. Mini Studio mempunyai rupa moden dan rapi, diganding dengan rupa persekitaran studio yang mewah. Manakala tona warna yang tenang pula mirip dengan suasana profesional industri muzik. Selain itu, Mini Studio menawarkan kemudahan daftar masuk mudah akses seperti ‘contactless check-in’ di kiosk yang tersedia. Setelah tiba di pusat karaoke, pelanggan boleh menuju ke kiosk untuk menempah dan membayar sebelum terus pergi ke bilik yang ditetapkan. Di Mini Studio, terdapat 23 bilik yang boleh memuatkan dari seorang di bilik Duet sehingga lapan orang di bilik Choir

Mini Studio - Coridor (1)

Selain itu, fungsi Rekod & Kongsi kini sedang diusahakan. Pengalaman di studio akan menjadi lebih baik, kerana tidak lama lagi, penyanyi akan dapat merakam nyanyian mereka di studio dan menyimpannya untuk tujuan demo atau dimuat naik ke media sosial.

Mini Studio - Duet (1)

Mini Studio juga dibuka untuk peluang francais, dan pendaftaran kini dibuka. Bakal pelabur dan usahawan boleh menghantar e-mel ke [email protected] untuk info lanjut.

GeTai

GeTai (歌台), yang secara literal bermaksud “pentas lagu” dalam bahasa Cina dikatakan berasal dari Singapura pada tahun 1940-an.  Ia telah menjadi satu hiburan yang popular dan kini dimodenkan untuk terus kekal dalam dunia hiburan hari ini.  

Jika anda mencari sesuatu yang lebih mencabar, GeTai adalah pilihan yang terbaik. GeTai ialah bar karaoke ‘open mic’ yang boleh memuatkan kira-kira 100 orang pada satu-satu masa. Selain itu, ia menawarkan pelbagai tetapan tempat duduk daripada bar dan meja makan sehinggalah ke ruang sofa. Bersedialah untuk mengembara semula ke filem-filem Shanghai lama, yang dibawakan oleh hiasan dalaman GeTai yang menggabungkan rekaan oriental lama dan teknologi, disempurnakan dengan pentas karpet merah. Pencinta muzik yang lebih suka untuk bersantai pula boleh duduk sambil dihiburkan dengan dendangan nyanyian orang lain dalam kemewahan suasana GeTai.

Penyanyi juga boleh menggunakan aplikasi GeTai untuk menyanyi, memberi ganjaran dan menerima ganjaran dari pengguna aplikasi yang lain untuk persembahan mereka. Apabila pengguna menerima ganjaran secara maya ini, ia akan ditukar menjadi mata ganjaran yang boleh digunakan untuk menuntut hadiah seperti MacBook, iPhone, Apple Watches, AirPods dan banyak lagi.

Untuk menyenangkan pelanggan,Mini Studio dan Loud Speaker 2.0 akan melancarkan sistem tempahan karaoke online yang pertama untuk menambah baik lagi pengalaman menempah bilik.  Dengan tiada keperluan untuk beratur, pengguna boleh menempah sesi mereka pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan terus bermula menyanyi sebaik sahaja tiba.

7) Fareed K-Clique trying out GeTai - Open Mic Karaoke

Dengan perancangan untuk mengembangkan lagi empayar Loud Speaker, Mini Studio dan GeTai, setiap jenama sedangbersedia untuk membuka lima lagi cawangan baharu dalam tahun ini.

Lawati kami di A Quiet Place untuk pengalaman karaoke premium terbaik. Untuk maklumat lanjut tentang A Quiet Place, layari www.aquietplacekl.com.

Alamat: 

GF-003, Ground Floor, Federal Arcade, No. 35, Jalan Bukit Bintang, 55100 K.L

Pertanyaan tempahan / nombor telefon: +6012 766 7161 (Loud Speaker 2.0) / +6012 706 7161 (GeTai)

#AQuietPlaceGoesLoud

#LoudSpeakerV2

#MiniStudioKTV 

#GetaiMalaysia  

Tentang Ottotree Group

Ottotree Group merangkumi tiga entiti merentasi industri hiburan dan hospitaliti. Bermula pada tahun 2009, misi adik-beradik Soh adalah untuk membawa kegembiraan sebenar dalam nyanyian karaoke dengan harga yang berpatutan. Sejak itu, Ottotree Group telah menubuhkan Loud Speaker Karaoke, Loud Speaker 2.0, Mini Studio, dan GeTai serta pusat riadah yang terintegrasi, Kampung 17, dan hotel iaitu Hako Hotel dan Hako Xpress. Pasukan kami yang semakin ramai dengan 300 kakitangan komited untuk bertungkus lumus dalam usaha kami untuk terus memberikan kualiti terbaik – memberikan produk dan perkhidmatan dengan nilai terbaik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Istana Budaya Lancar Senarai Program Menarik Untuk Tahun 2023

Ramli Sarip Persembahkan SYAIR TIMUR di Dewan Filharmonik Petronas