Drama hebat dari Hong Kong di 8TV..
A JOURNEY CALLED LIFE!
Best of TVB di 8TV
A Journey Called Life
Hari/Masa Siaran: Isnin – Jumaat, 7mlm – 8mlm
Tarikh Siaran: 17 Mac 2010 – 11 Mei 2010
Bahasa: Kantonis
Jumlah episod: 20 x 60 minit
Dibintangi oleh: Linda Chung, Cheng Jut Si, Steven Ma, Chen Fala, Cho Wing Lim, Cheng Tse Sing
Berita baik untuk peminat drama Hong Kong TVB, kerana stesen hip anda 8TV akan menayangkan drama hebat terbaru TVB iaitu A Journey Called Life yang akan mula bersiaran pada 17 Mac 2010.
Drama bersiri A Journey Called Life berkisarkan mengenai seorang gadis remaja bernama Sze Ka-Ka yang sering memberontak dan menjalani kehidupan remaja yang bebas setelah kematian ibunya. Akibat ketidak serasian antara Ka dan keluarga angkatnya, ditambah pula permasalahan yang berlaku atas kematian ibu Ka maka hubungan antara Ka dan keluarga angkatnya kini menjadi semakin regang.
Setelah beberapa kejadian yang berlaku, mayat ibu Ka kini dilaporkan hilang dan Ka berusaha keras untuk mencari kembali mayat ibunya itu. Akhirnya sisa-sisa mayat tersebut dijumpai di sebuah kilang batu milik Kam Shek. Rasa sayang Ka yang mendalam terhadap ibunya dirasai oleh Shek dan juga pelajar kepada Shek, Shing Yat-On. Mereka telah banyak membantu Ka dalam menghadapi banyak kesusahan dan rintangan hidup lalu hubungan mereka menjadi semakin rapat.
Semakin hari kehidupan Ka bertambah baik. Malah, On dan Ka telah jatuh cinta antara satu sama lain namun kedua-dua mereka menyembunyikan perasaan itu. Mereka merahsiakan perasaan cinta mereka kerana ingin menjaga hubungan baik yang dibina selama ini daripada mengambil risiko mengaku lalu terpisah untuk selama-lamanya.
Pada satu hari, Shek tepaksa ditahan di hospital untuk menjalani pembedahan hati dan Ka terpaksa menggantikan tempatnya menjadi pelatih On untuk maraton yang akan datang. Apabila On berjaya memenangi tempat ketiga, On meraikan kemenangan tersebut bersama teman lamanya dan ini telah menimbulkan rasa cemburu yang membuak-buak oleh Ka dan disebabkan hal ini, perasaan cinta yang terbuku antara mereka selama ini akhirnya terurai.
Hari demi hari, mereka hidup bahagia bersama dan telah dikurniakan seorang anak. Kehidupan mereka nampak sempurna dan indah sehinggalah pada satu hari Ka ditimpa kemalangan jalan raya kerana dilanggar oleh pemandu mabuk. Hal ini telah menjadikan hidup mereka menjadi tidak terurus. Bahkan, On sangat tertekan dan seperti hilang tempat bergantung. Apakah yang akan terjadi kepada pasangan kekasih ini? Adakah mereka mampu mengharungi kepayahan dan kesusahan hidup yang mendatang bersama-sama?
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama bersiri 20 episod ini bermula 17 Mac 2010, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00malam – 8.00malam di 8TV dan juga saluran Astro 708.
“A Journey Called Life ialah sebuah drama yang menonjolkan banyak pengajaran hidup yang berguna kepada kita pada setiap minggu. Jelas sekali bahawa drama ini banyak mengingatkan kita untuk menghargai sesuatu benda yang sering dianggap remeh. Semestinya penonton 8TV akan tersentuh dan tertarik dengan drama cinta terbaru ini,†kata Pengurus Besar 8TV, Cik Lam Swee Kim.
Saksikan bintang kesayangan anda dalam A Journey Called Life iaitu Linda Chung, Steven Ma, Kent Cheng, Fala Chen, Raymond Cho dalam Cheng Tse-Sing dimana mereka akan membawa anda menyelami suka duka dan tawa ria dalam dunia percintaan.
Kini, anda juga boleh menonton rancangan kegemaran anda menerusi telefon bimbit di mobile.8tv.com.my ataupun melayari laman sesawang rasmi kami di www.8tv.com.my. Selamat mononton!