Penerbit popular, Datuk A. Aida mendedahkan dia telah mengalami kerugian sebanyak RM200,000 dan disyaki telah dicuri oleh individu yang pernah rapat dengan dirinya sebelum ini.
A. Aida memberitahu satu laporan polis telah dibuat olehnya pada minggu lalu berhubung insiden kecurian wang berkenaan.
“Kalau boleh saya tidak mahu komen banyak, tetapi ia memang betul dan saya sudah buat laporan polis. Buat masa ini is masih lagi dalam siasatan.
“Buat masa ini saya tidak boleh komen banyak, biarlah pihak polis yang menjalankan siasatan,”
– A. Aida
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka A. Aida Productions di Wisma Rampai, Kuala Lumpur pada Rabu.
Ketika diminta mengulas lanjut mengenai siapakah gerangan individu terbabit, penerbit berkenaan enggan memberikan sebarang komen.
“Saya telah membuat report dekat Balai Polis Bukit Indah Jumaat lepas. Sekarang ia masih dalam siasatan,”
– A.Aida
Bercerita lanjut tentang kehilangan tersebut, penerbit itu berkata dia menyedari kehilangan wang itu sebaik pulang dari Mesir pada 1 Mac lalu.
“Saya mula sedar mengenai kehilangan itu ketika balik bercuti dari Mesir pada 1 March lalu dan jumlah kehilangan adalah sebanyak RM200,000 menerusi transaksi sebanyak dua kali,”
– A. Aida